Assalamualaikum
Pertengahan Ramadhan yang dijanjikan keampunan oleh Allah S.W.T. sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu dengan cepat kan? Pejam celik pejam celik kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Hurm. Hari ini, sudah masuk 17 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 26 Julai
2013. Di pertengahan Ramadhan ini juga ada peristiwa besar yang selalu kita sebut sebagai Nuzul Al-Quran. Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran atau Quran bererti bacaan atau himpunan.
Ini kerana ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah
kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah lima ayat
pertama daripada Surah Al-Alaq yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan,
tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang
beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610 Masihi.
Secara ringkasnya, kita sambut Nuzul Al-Quran bagi
memperingati hari penurunan Al-Quran iaitu mukjizat paling besar dari Nabi
Muhammad SAW. Al-Quran itu besar mukjizatnya kerana Al-Quran itu penuh dengan
rahsia yang suci.
Dengan ini marilah kita sama-sama menghayati
Nuzul AL-Quran ini sebagai suatu peristiwa benar yang penuh makna dan hikmah.
Kita seharusnya melihat Al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan ilmu
pengetahuan untuk memajukan umat manusia seluruhnya. Sekian, wassalam.
BL: Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1434 Hijrah/26 Julai 2013 Masihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan