Assalamualaikum
Ramadhan kembali lagi. Sekadar entri ringkas je kali ni. Selamat
menunaikan rukun Islam yang ketiga kepada muslimin dan muslimat sekalian
terutama pembaca blog Budak Logam ni. Sebelum tu masih ingat lagi tak niat puasa? Takkan dah lupa kot? Jom ulang kaji balik. Sini. Rabu ni dah nak puasa kan? Semoga ketibaan Ramadhan kali ni membawa
keberkatan kepada diri kita.
Adakah kita telah bersedia menyambut bulan Ramadhan 1434 Hijrah yang
bakal tiba pada 10 Julai 2013 masihi ni? Jangan ponteng puasa okay. Dah besaq panjang kan?
Malu aih kalau masih lagi dengan perangai lama kan? Jom kita kasi ubah Ramadhan
tahun ni? Amacam? Puasa bukan hanya setakat menahan diri kita dari makan dan minum. Tingkah laku kita pon kena jaga juga. Kalau tak rugi la hanya setakat dapat lapaq dan dahaga ja kan?
Kalau Ramadhan sebelum ni kita jarang pergi solat Tarawih.
Jom kali ni kita rajin sikit. Kalau sebelum ni kita tak sentuh langsung
Al-Quran. Jom kali ni kita rajinkan diri baca. Kalau sebelum ni kita jenis kuat tidoq. Jom kasi kurang sikit kali ni. Jom buang sifat malas tu. Banyakkan buat benda berfaedah sikit. Sebulan sekali ja bulan Ramadhan ni dalam setahun kan? Entah tahun depan kita sempat
tak lagi bertemu Ramadhan 1435 Hijrah pula kan? Sekadar renungan untuk diri aku
juga sebenaqnya. Sekian, wassalam.
BL: Tahun ni masih lagi sambut Ramadhan dengan
status bujang. Hehehe. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan