Isnin, 22 Julai 2013

Hobi Jana Pendapatan?

Assalamualaikum

Hobi? Apakah itu hobi? Rasa macam zaman sekolah rendah pula nak cerita pasal hobi ni. Definisi umum hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Senang cerita hobi ni kira aktiviti yang korang suka buat la masa waktu lapang macam hari minggu tu. Bukan waktu kerja noh! Setiap orang mempunyai minat yang berbeza kan?  Mungkin ada yang minat ternak lebah untuk kumpul madu, menanam pokok kaktus, kumpul barangan antik dan macam macam lagi la. Sesetengah tu tak pernah fikir pon ada juga hobi macam tu.



Aku? Hobi kegemaran aku adalah berkongsi info tentang amanah saham. Amanah saham? Ya! Amanah saham atau dikenali juga sebagai unit amanah, unit trust atau mutual fund. Aku rasa puas bila pergi jumpa orang dapat berkongsi dengan diorang info tentang kelebihan dan kekurangan buat simpanan melalui amanah saham ni. Walaupun tak ramai di luar sana yang berminat sangat nak tahu pun tentang amanah saham ni. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat sampaikan sedikit kesedaran kepada diorang tentang kepentingan buat simpanan terutama simpanan untuk persaraan diorang.


Penting sangat kah buat simpanan ni? Sebelum tu aku nak tanya, korang dah buat simpanan belum?. Kalau sudah bagus lah. Alhamdulillah. Harap tempat korang buat simpanan tu boleh lawan kadar Inflasi. Kalau korang belum mulakan langkah buat simpanan aku sedia berkongsi info tentang kepentingan buat simpanan ni. Berminat? Klik sini.

Berbalik kepada tajuk entri kali ni. Hobi jana pendapatan? Macam mana tu? Dengan hobi pon kita boleh jana pendapatan kah? Jawapan aku ya. Tambahan aktiviti hobi yang kita lakukan tu sememangnya akitiviti kesukaan kita kan? Macam aku kira dah jadi habit la bila jumpa orang mesti nak kongsi sedikit info tentang amanah saham ni. Aku tak kisah sama ada diorang berminat atau tidak. Janji aku dapat sampaikan info kepada diorang. Kalau ada yang berminat nak buat simpanan tu kira rezeki la. Boleh la jana duit sikit kan?

Contoh lain hobi yang boleh jana pendapatan macam aktiviti blogging ni la. Korang blogging ni sebagai hobi atau memang korang cari makan sebagai blogger? Macam aku blog ni sekadar aktiviti masa lapang ja. Antara hobi kegemaran juga la. Bila ada masa ja baru aku mengadap blog ni. Boleh la setakat nak rilek rilek kepala habiskan masa lapang kan?



BL:  Korang pula macam mana? Hobi korang? Jom share. Hehe. ;)

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)