Ahad, 22 Ogos 2010

Rakaman Percakapan telefon pesanan Pizza pada tahun 2850

Assalamualaikum




Nyum nyum.. Sebut saja piza teringat kedai pizza hut kat kawasan BL. Perghhh! meleleh air liur dibuatnya bila terbayang saat saat mengunyah kepingan piza yang disaluti keju dan bertopengkan tuna ni.. Hehe.. Namun kali ni bukan BL nak wat entry tentang piza.. Sekadar nak berkongsi dialog tentang operator piza dan pelanggan yang BL dapat dari lecturer BL masa mengaji dekat kampus dulu.. Macam best aja dialog ni.. Bagi BL la.. haha! Semoga korang semua enjoy.. :)



Rakaman Percakapan telefon pesanan Pizza pada tahun 2850


Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu ....

Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit :
anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu
tahu semua no tel saya ?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood
Pizza - pekej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak ?

Operator : Dari medical record cik , encik
memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa ?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low
Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru
pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari
perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jer la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pekej family kami takkan
cukup untuk anak encik yang berjumlah 7
orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak
bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum
penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun
encik dalam kesemua empat bank
iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang
dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash
kat sini.
berapa lama Pizza akan di hantar ?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau
encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik
memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik ?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Siapa bagi bukak rekod
org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan.
Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan
lokap selama sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam
Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej
family ada percuma 2 botol coca cola kan ?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan
kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami
tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN
SAJA SEMUA !

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik,
untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh
mengisi form online pada website kami,username
dan passwordnya tercetak pada bahagian
bawah
kotak pizza yang encik pesan... terima kasih
kerana
telah menghubungi Pizza Hot....




BL: Kalau betoi ada operator piza jenis macam ni mampuihh!!! Semua depa taw noh.. hahaha! :D

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)