Assalamualaikum
Hari pertama di bilik latihan agensi sebagai konsultan unit
amanah. Boleh la nampak bayang juga la sikit bidang ni macam mana sebenarnya. Kebanyakkan
konsultan yang terdahulu yang telah berjinak dalam bidang ni semua hebat hebat
belaka. BL bangga kerana kebanyakkan mereka adalah anak anak Melayu. Caya la wei.
Masa dalam kelas tadi terasa macam diri BL ni rendah sangat kalau nak dibandingkan
dengan mereka tu. “Rilek bro lu baru hari pertama ma. Jangan nak banding dengan
diorang tu. Lu kalau dah lama bertapak dalam bidang ni. Mesti boleh jadi macam
diorang jugak” BL bermonolog sendirian ketika dibilik latihan agensi tadi nak
bagi sedap hati.
Secara jujur memang agak mencabar juga la bidang perniagaan ni. Takpa ni jalan
yang BL pilih. Redah jer. Kalau diorang boleh Berjaya tak ada sebab mengapa BL
tak boleh erjaya seperti mereka juga kan? Hurm. BL sentiasa pegang kata kata
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary di bawah
ni.
“Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap Pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
BL: AS (Agensi Supervisor) BL saja nak pekena
kot hari ni! Paling tak tahan siap kena panggil bentang kat depan kot tadi pasal
modul modul tu semua. Belasah jer. Padahal dua tahun lebih juga la tak merasa
kena bentang dekat depan. Teringat masa belajar dekat kampus dulu. Siyes memang
nervous juga la tadi. Lepas ni memang kena bagi biasa la. Hahaha. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan