Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik Insha Allah tinggal lagi seminggu saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita kan? Bagaimanakah perasaan korang? Rasa teruja Syawal bakal menjelma? Atau rasa sedih Ramadhan bakal meninggalkan kita? Hurm.
Macam mana persiapan korang nak sambut Syawal yang bakal tiba nanti? Mesti sakan korang shopping raya tahun ni kan? Especially kakitangan kerajaan yang dapat bonus RM 500 tu. Untungla korang kan. Aku tahun ni sekadar beli ala kadar je. Baju raya pon setakat beli t-shirt dengan seluar jeans je. Kira okay la tu kan. Alhamdulillah. (Padahal dah bersepah seluar jeans dengan t-shirt dalam almari usang aku dekat rumah tu)
Baju melayu mungkin aku tak beli rasanya. Pakai yang tahun lepas punya jelah kot. Baju melayu dua tahun lepas pon masih elok lagi. Lagi pun raya pertama je selalunya aku nak pakai baju melayu ni. Tu pun pasal nak buat syarat pergi sembahyang sunat Aidilfitri. (Rasa teringin nak pakai kain pelikat dengan t-shirt je pergi sembahyang sunat Aidilfitri tahun ni) Masuk raya kedua dan seterusnya selalunya aku pergi beraya rumah member pakai t-shirt dengan jeans je.

Bila usia dah semakin meningkat ni perasaan teruja (excited) nak sambut raya tu dah semakin kurang. Aku pun tak tahu mengapa perasaan nak sambut ketibaan Syawal tahun ni tak macam tahun tahun sebelum ni. Mungkin sudah tiba masa aku tamatkan zaman bujang kot? Baru rasa kelainan sikit? Maybe la kan? Entah la. Mungkin pasal banyak dosa kot aku ni? Hurm.
Masjid kampung aku ni pun dah semakin suram jemaah datang untuk solat Tarawih berjemaah. Kira dah jadi macam trend tiap tiap tahun la. Masa awal Ramadhan saja semangat lain macam. Bila sudah masuk pertengahan dan penghujung Ramadhan semua pakat balik perangai lama balik. Yang tinggal dalam satu atau dua saf macam tu ja. (Termasuk aku yang kadang kadang buat dekat rumah je)
Okay lah. Setakat ni jelah aku melalut dekat blog usang ni. Kepada korang yang bakal pulang ke kampung halaman tu berhati-hatilah memandu dan merempit di jalan raya ye. Ingatlah orang yang tersayang. Kalau korang tak sayang diri korang takpa. Tapi pikir pikirkanlah mereka yang sayangkan korang tu okay.
Jangan lupa juga periksa rumah korang betul betul sebelum pulang beraya di kampung halaman masing masing nanti. Kang lepas balik beraya menangis tak berlagu korang. Penyamun bin Perompak yang raya sakan. Beringatlah sebelum terkena. Ramai yang dah menjadi mangsa. Jangan lupa juga pakai baju kalis peluru. Malang tak berbau kan? Betul tak? Hehehe. ;)

Sekian, Wassalam.
BL: Aku boring sebenarnya. Tu je motif sebenar update entri ni. Huhu.
BL: Aku boring sebenarnya. Tu je motif sebenar update entri ni. Huhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan