Khamis, 28 April 2011

Pelajar Perempuan Dibelasah Hingga Masuk Hospital

Assalamualaikum


adoi.. macam macam kes sekarang ini.. buka aja muka depan metro.. tu dia baik punya terpampang.. seorang pelajar perempuan dibelasah empat pelajar perempuan hingga masuk hospital.. menurut khabaran berita mangsa Nur Atiqah Abdullah, 15, terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarah dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum bertindak mencuri telefon bimbit mangsa..





GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarahan dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum mencuri telefon bimbit mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu di Komtar, di sini, ketika mangsa, Nur Atiqah Abdullah, 15, bersama adik dan empat rakannya berada di sebuah pusat beli-belah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.
Menurutnya, kumpulan empat pelajar perempuan berusia 16 hingga 17 tahun terbabit menghampirinya dan bertanya beberapa soalan dengan kasar.

“Mereka bukan pelajar sekolah saya. Saya mengenali seorang daripada mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya, tetapi jarang bertegur sapa.


“Ketika terserempak dengannya pada hari itu, dia bertanyakan nama saya. Selepas memberitahu nama saya tidak semena-mena dia dan rakan-rakannya menampar serta memijak perut saya,” katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP).


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


sumber: myMetro


BL: dasat noh budak budak sekarang.. semua pakat nak jadi gangster.. hurm.. :(

6 ulasan:

Unknown berkata...

agak kurang ajar bdk skrng nie..

syuxer berkata...

gila ah!! dara sekarang dah advance dan membabi buta belasah anak orang.nanti tua2 kelak memang konfirm malu nanti bila kenangkan balik..ni mesti pengaruh citer samseng hong kong(apa nama citer tuh?dah lupa yang ada nama chicken tuh?)

harrazdani berkata...

aku percaya budak yang mengasari dan dikasari dua2 tak boleh pakai...budak2 sekolah sekarang ni banyak sangat terpengaruh dengan benda2 yg tak elok maka x hairanlah benda2 mcm ni berlaku.

Udin berkata...

@berita sensasi

macam2 sgt kes skrg nih!

Udin berkata...

@syuxer

tu la pasal.. mungkin antara punca jadi mcm ni akibat terpengaruh dgn filem2 macam tu.. hurm..

Udin berkata...

@harrazdani

hurm.. skang ni dah macam ni.. kalau tak dibuat sesuatu.. agak2 kalau lagi 10-20 tahun macam mana lak ye.. tak dapat dibayangkan..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)