~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Isnin, 10 Jun 2013

Mengapa simpanan untuk persaraan perlu mula dari usia muda?

Assalamualaikum

Simpanan untuk persaraan? Bagi segelintir anak muda macam aku ni mungkin tak berapa nak kisah sangat kan? Umur 30 tahun pun belum masuk lagi. Apa nak sibuk sangat pasal simpanan untuk persaraan betul tak? Hurm. Dulu memang aku fikir macam tu. Tapi sejak aku mula aktif dalam kerjaya sebagai perunding kewangan ni bagi aku perancangan simpanan untuk persaraan harus bermula dari usia muda yakni sekarang!


Mengapa simpanan untuk persaraan ni harus bermula dari usia muda? Sebelum tu aku nak berkongsi kisah keluhan seorang pakcik semasa aktiviti aku dengan business partner buka kaunter jualan di sebuah pejabat kerajaan minggu lepas. Pakcik ni mengakui dia menyesal kerana tidak mulakan langkah merancang simpanan untuk persaraan dari usia muda lagi. Kini dia dah berusia 58 tahun dan masih lagi bekerja akibat bebanan hutang.

Aku rasa simpati tidak dapat membantu pakcik ni kerana dengan usia yang melebihi 55 tahun memang tak layak untuk dia melaburkan simpanan akaun 1 KWSP dalam dana amanah saham. Aku mencadangkan pakcik ni buat simpanan bulanan minimum RM200 tapi dia masih juga tidak mampu kerana memikirkan perbelanjaan untuk kos hidup yang lain. 

Aku simpati kerana tidak dapat membantu pakcik ni. Akhirnya dia mengambil flyer dan business card aku untuk dihubungi semula. Pakcik ni nak mencadangkan dua anak dia yang baru berkerja mulakan langkah merancang simpanan untuk persaraan dari sekarang supaya tidak menghadapi nasib seperti dia.


Okay berbalik kepada topik mengapa anak muda perlu merancang simpanan untuk persaraan dari sekarang? Contoh situasi dibawah mungkin dapat membantu menjelaskan mengapa perancangan simpanan untuk persaraan harus bermula dari usia muda.

Korang umur 30 tahun (Sekarang)
Usia korang bakal bersara 55 atau 60 tahun.
Andaikan korang kerja firma swasta yakni tiada skim pencen hanya bergantung sepenuhnya pada wang KWSP setelah bersara nanti.

Sekiranya korang merancang untuk bersara pada umur 60 tahun. Agak-agak masa bersara umur 60 tahun nanti barapa wang KWSP yang korang akan dapat? Katakanlah RM 100,000. Bagaimana pula dengan jangka hayat hidup selepas bersara? Andaikan jangka hayat hidup sampai umur 75 tahun. Maka dengan wang KWSP RM 100,000 tu akan digunakan selama 15 tahun kan?

Contoh

Korang bersara umur 60 tahun dengan wang KWSP RM 100,000 (Dengan andaian tiada langsung hutang selepas bersara)

15 tahun = RM 100,000
1 tahun = RM 6,666.67 (RM 100,00/15 tahun)
1 bulan = RM555.56 (RM 6,666.67/12 bulan)

Cukup tak dengan nilai RM 555.56 sebulan untuk perbelanjaan selepas bersara selama 15 tahun? Ni belum lagi dikira kos taraf hidup pada ketika bersara nanti. Hurm. Adakah simpanan untuk persaraan ni perlu? Tepuk dada tanya selera. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan simpanan untuk persaraan boleh klik sini @ layari laman Facebook https://facebook.com/deenazmee

BL: Ingatlah waktu muda sebelum tiba waktu tua. :)

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)