~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Selasa, 9 Julai 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 Hijrah/2013 Masihi

Assalamualaikum

Ramadhan kembali lagi. Sekadar entri ringkas je kali ni. Selamat menunaikan rukun Islam yang ketiga kepada muslimin dan muslimat sekalian terutama pembaca blog Budak Logam ni. Sebelum tu masih ingat lagi tak niat puasa? Takkan dah lupa kot? Jom ulang kaji balik. Sini. Rabu ni dah nak puasa kan? Semoga ketibaan Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada diri kita.



Adakah kita telah bersedia menyambut bulan Ramadhan 1434 Hijrah yang bakal tiba pada 10 Julai 2013 masihi ni? Jangan ponteng puasa okay. Dah besaq panjang kan? Malu aih kalau masih lagi dengan perangai lama kan? Jom kita kasi ubah Ramadhan tahun ni? Amacam? Puasa bukan hanya setakat menahan diri kita dari makan dan minum. Tingkah laku kita pon kena jaga juga. Kalau tak rugi la hanya setakat dapat lapaq dan dahaga ja kan?

Kalau Ramadhan sebelum ni kita jarang pergi solat Tarawih. Jom kali ni kita rajin sikit. Kalau sebelum ni kita tak sentuh langsung Al-Quran. Jom kali ni kita rajinkan diri baca. Kalau sebelum ni kita jenis kuat tidoq. Jom kasi kurang sikit kali ni. Jom buang sifat malas tu. Banyakkan buat benda berfaedah sikit. Sebulan sekali ja bulan Ramadhan ni dalam setahun kan? Entah tahun depan kita sempat tak lagi bertemu Ramadhan 1435 Hijrah pula kan? Sekadar renungan untuk diri aku juga sebenaqnya. Sekian, wassalam.

BL: Tahun ni masih lagi sambut Ramadhan dengan status bujang. Hehehe. ;)

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)