Jumaat, 26 Julai 2013

Salam Nuzul Al-Quran 1434 Hijrah/2013 Masihi

Assalamualaikum

Pertengahan Ramadhan yang dijanjikan keampunan oleh Allah S.W.T. sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu dengan cepat kan? Pejam celik pejam celik kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Hurm. Hari ini, sudah masuk 17 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 26 Julai 2013. Di pertengahan Ramadhan ini juga  ada peristiwa besar yang selalu kita sebut sebagai Nuzul Al-Quran. Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran atau Quran bererti bacaan atau himpunan. 



Ini kerana ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610 Masihi.

Secara ringkasnya, kita sambut Nuzul Al-Quran bagi memperingati hari penurunan Al-Quran iaitu mukjizat paling besar dari Nabi Muhammad SAW. Al-Quran itu besar mukjizatnya kerana Al-Quran itu penuh dengan rahsia yang suci.

Dengan ini marilah kita sama-sama menghayati Nuzul AL-Quran ini sebagai suatu peristiwa benar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat Al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan umat manusia seluruhnya. Sekian, wassalam.


BL: Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1434 Hijrah/26 Julai 2013 Masihi.

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)