Assalamualaikum
Prospek? Apakah itu prospek? Senang cerita prospek ni kira bakal
pelanggan yang kita nak cari la. Korang kalau berniaga mesti ambil tahu tentang
prospek ni. Setiap sesuatu perniagaan mempunyai ciri dan jenis prospek yang berbeza.
Tapi entri kali ini aku sekadar nak fokus kepada bagaimanakah tip, cara, teknik atau kaedah hendak mencari prospek industri
insurans/takaful/amanah saham/unit amanah/unit trust/mutual fund sahaja. Bagi
konsultan yang baru mencemburi industri konsultansi kewangan ni sudah pasti
menghadapi masalah macam mana nak mencari prospek kan? Prospek yang betul sangat
penting bagi memudahkan kita konsultan
untuk membuat dan memasarkan servis.
Sebenarnya dalam industri konsultansi kewangan ni orang di sekeliling kita adalah
bakal prospek. Bagaimanakah tip, cara, teknik atau kaedah hendak mencari prospek? Apakah formula untuk mencari prospek? Aku sekadar berkongsi
pengalaman macam mana aku mencari prospek. Setiap orang ada cara mereka sendiri
kan?
Tip/Cara/Teknik/Kaedah Mencari Prospek Insurans/Takaful/Amanah Saham/Unit Amanah/Unit Trust/Mutual
Fund
1. Warm Market (Keluarga atau rakan)
Keluarga dan rakan merupakan bakal prospek kita yang paling mudah untuk kita
dekati. Mereka juga sangat mengenali peribadi kita macam mana kan? Kalau keluarga
atau rakan korang tak minat nak join servis korang tu tak payah nak kecewa sangat. Anggap
sebagai latihan untuk kita melatih teknik berkomunikasi dan memasarkan servis sebelum bertemu dengan bakal prospek yang tidak dikenali nanti. Kalau keluarga atau
rakan korang berminat nak join tu kira rezeki la kan?
2. Reference (Rujukan) daripada Warm Market
Korang juga boleh dapatkan prospek dengan bertanya kepada
pelanggan sedia ada, keluarga atau rakan sekiranya ada rakan mereka yang berminat dengan servis korang tu. Mungkin keluarga atau rakan korang tak berminat nak
join servis korang tapi diorang boleh kenalkan korang dengan rakan-rakan
mereka yang mungkin bakal jadi prospek korang.
3. Road Show
Road show ni kira aktiviti korang buka booth (gerai jualan) dekat sesuatu
tempat yang agensi korang anjurkan atau korang sendiri yang kena pergi cari. Cuma cara road show ni kena keluar modal
sikit la untuk sewa tapak. Tapi kalau free jangan korang lepaskan peluang ni.
Cuma skill (teknik) korang nak berkomunikasi dengan prospek yang tak dikenali (stranger) sangat
main peranan semasa aktiviti road show ni. Aku juga masih belajar macam mana
nak upgrade skill untuk berkomunikasi dengan prospek.
4. Cold Calling
Cara ni sesuai sekiranya korang jenis segan nak berjumpa prospek
cara face to face (bersemuka). Melalui cara ni teknik korang buat
panggilan tu sangat penting. Sebelum korang buat “Cold Calling” sediakan skrip
perbualan korang tu terlebih dahulu. Jangan gugup masa berbual sudah. Senyum sikit masa buat panggilan tu. Rilek je jangan buat panggilan macam robot (baca skrip). Potensi untuk
dapatkan prospek yang besar pon agak cerah dengan cara ni. Paling penting sila pastikan kredit korang cukup sebelum buat panggilan. Aku jarang guna cara
ni. Lebih suka jumpa face to face.
5. Terjah
Aktiviti kegemaran aku sejak aku mula join
industri konsultansi kewangan ni. Tapi cara ni memang korang kena tebal muka
sikit la. Aku masa awal join dulu segan la juga. Tapi percayalah kalau korang
aktif buat aktiviti terjah ni lama-lama hilanglah perasaan segan korang tu. Korang
Cuma perlu sediakan satu surat proposal terlebih dahulu untuk minta kebenaran dapatkan
tarikh dan masa sebelum korang pergi terjah dekat pejabat yang korang nak terjah
tu.
BL: Teringat nasihat dari GAM masa aku buntu nak cari prospek masa awal join industri konsultansi kewangan ni dulu. Dalam industri konsultansi kewangan ni tiada
apa-apa formula sebenarnya. Kena rajin pergi jumpa orang dan cerita pasal servis korang
tu. Tanamkan niat korang join industri konsultansi kewangan ni untuk sampaikan
mesej kepada orang ramai tentang kepentingan merancang kewangan mereka. Aku pun
masih banyak lagi perlu belajar tentang industri konsultansi kewangan ni. Semoga tip yang aku kongsi ni dapat membantu korang untuk dapatkan prospek. Macam mana nak closed sales? Jangan tanya aku. Tu korang kena belajar dari pengalaman korang sendiri. Hehe. ;)
4 ulasan:
satu perkongsian yg bagus
@adzairdawati makdara
sekadar berkongsi pengalaman cetek saya dalam bidang ni mak dara. Hehe. :)
menarik cara penyampaian dan terima kasih berkongsi...moga rezeki anda bertambah
sy dh 2 bulan masuk industri ni. tapi msih xdpat client / prospek..
jenis yg xde ramai kwn.. buntu skrg, mcm nk putus asa pun ada.. ade sesape yg dpt bantu sy mcm mne nk dpt prospek stranger
Catat Ulasan