Assalamualaikum
Pergh! Akhirnya siri manga dan anime Ranma 1/2 hasil karya Rumiko Takahashi telah disiarkan oleh NTV dalam bentuk drama TV (Live Action Drama TV Special) pada 9 Disember 2011 lepas.. Drama ni melakonkan semula beberapa babak dalam siri manga dan anime Ranma 1/2 yang pernah disiarkan pada sekitar tahun 1989-1992 dahulu..
Mengisahkan watak seseorang remaja lelaki berusia 16 tahun, Ranma Saotome yang tekena sumpahan menjadi gadis sekiranya terkena air sejuk akibat ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan menjalani latihan seni mempertahan diri bersama bapanya Genma yang turut terkena sumpahan menjadi beruang Panda sekiranya terkena air sejuk.. Namun akan kembali ke rupa asal apabila terkena air panas..
Dalam siri ni juga Ranma bakal dijodohkan dengan anak gadis rakan seperguruan bapanya Soun Tendo iaitu Kasumi, Nabiki dan Akane untuk menjadi pewaris Dojo Tendo.. Akhirnya keputusan dibuat dimana Ranma bakal dijodohkan dengan Akane anak bongsu yang berwatakan panas baran dan amat mahir dalam seni mempertahankan diri.. Adakah Ranma dan Akane akan disatukan sebagai suami isteri dan bakal menjadi pewaris Dojo Tendo? Siapa yang pernah layan manga atau anime Ranma 1/2 ni tahu la macam mana kesudahannya kan.. Hehehe
Haa.. Ni antara pelakon siri Ranma 1/2 Live Action Drama TV Special.. Kaki layan drama Jepun mesti kenal kot diorang ni.. Aku kaki layan Tokusatsu jer..
Ni poster siri Ranma 1/2 Live Action Drama TV Specal..
Ni pula video teaser siri Ranma 1/2 Live Action Drama TV Special.. Boleh la tahan..
Amacam? Pandai juga diorang cari pelakon untuk kasi ngam dengan watak watak dalam siri manga dan anime Manga 1/2 ni..
Sumber: Jefusion
BL: Tak sabaq nak sedut drama ni.. Lepas ni kemungkinan siri manga dan anime Rurouni Kenshin (Samurai X) juga akan ditayangkan dalam bentuk drama TV juga.. Fuhhh!
2 ulasan:
Aragaki Yui? terbaiklah!
aku memang suka manga dia. menghiburkan sangat :)
@H Y D E
pergh! ang bab drama jepun kompem otai.. mcm sempoi gak drama ni.. lepas ni tak sabaq tunggu rurouni kenshin (samurai x) pulak.. haha!
Catat Ulasan