Sabtu, 10 Disember 2011

Adakah Hukum Merokok Itu Haram?

Assalamualaikum


Kali ni aku nak berbicara pasal isu merokok pula.. Gejala merokok ni bukan sahaja melibatkan golongan dewasa sahaja tapi turut juga melibatkan golongan muda yang masih lagi di bangku sekolah.. Paling menyedihkan golongan wanita juga turut terjebak dengan gejala merokok ni.. Sebelum ni aku pernah buat entri mengenai adakah hadis mengenai hukum merokok palsu? Hurmmm.. Sudah pasti isu seperti ni tidak akan disenangi oleh perokok perokok tegar di luar sana.. Kali ni aku nak kongsi info dari blog Ar-Rifke mengenai fatwa merokok pula.. Adakah hukum merokok ni haram?




Sumber: www.ar-rifke.com


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya haram menurut pandangan Islam.

Kerajaan Arab Saudi mengeluarakan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

Fatwa yang termasyur diseluruh dunia iaitu Al-marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz.
Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Maysd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar) Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib canselor Al-azhar) dan lain-lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (Mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal.
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan.
5. Rokok menggangu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk.
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup.
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman.
9. Rokok membazirkan harta (Wang)
10. Rokok mengandungi dadah (Nikotin dan Arak)




P/S: Hurmmm.. Adakah fatwa ni benar? Jika benar mengapa tidak dikeluarkan fatwa untuk mencegah orang Islam supaya berhenti merokok.. Terutama di Malaysia ni.. Bukan apa, sesetengah Pak Imam dan Pak lebai pun ada yang merokok kan.. Aku bukan nak bangkang fatwa ni.. Cuma nak kesahihan sahaja.. Apa-apa pun kalau rasa was-was lebih baik ditinggalkan sahaja amalan merokok ni kan.. Baik untuk diri sendiri dan orang tersayang juga betul tak?

2 ulasan:

pisangemasdibawabelayar berkata...

salam..fatwa ni mmg benar...kat tanah arab mmg diorang haramkan rokok.. tpi kat mlysia dworang fatwakan makruh... ijtimak ulama adalah mengikut kawasan setempat.. ulamak kat malaysia nampak yg rakyat malysia ni tak leh tiba2 terus fatwa haram.jdi mereka fatwa makhruh supaya meraka dpt berhenti slow2.. kalau terus fatwa haram takut dapat mudharat yg lain plak.. tapi kat mlaysia ni fatwa haram adalah kepada mereka yg baru ingin mencuba..

Unknown berkata...

Saya pun ada pening juga kepala saya fikir ini benda pasal isap rokok nie. Dari awal era80an sampai akhir 90an. Kebanyakan ulama terdahulu banyak yang isap rokok juga. Tetapi bukan selalu. Macam orang terdahulu suka makan sirih campur dengan buah pinang. Lebih kurang sama efek sampinganya. Masih banyak cakap makruh. Kalau nak haram cerita pasal rokok hancur kan dulu heroin atau ganja. Itu lagi efek lagi gila. Perosak generasi muda hancurkan masadepan bangsa... Rokok jadi isu di buat macam isap dadah. Kita ingin mau bunuh diri isap rokok???. Ajal maut tuhan tentukan. Zaman nenek moyang kita isap tiada filter batangnya rokok. Boleh hidup lebih 60 tahun. Boleh bekerja lagi cucuk tanam padi. Cuma isap rokok kita mesti tahu tempat. Jangan main hantam saja. Pernah ada satu kejadian di sebuah masjid. Ini cerita remaja masjid buka puasa di sebuah masjid kampung. Kami lepas sungkai puasa di masjid. Jadi kawan yang lain isap rokok la.. Dan teringat azan di masjid belum di dikumandangkan. Kawan satu bodoh isap rokok bawa dalam masjid lepas itu azan sambil sedap dia tarik rokok. Secara tiba2 saja bunyi kuat macam orang kena tampar. Yang kawan azan nie kesakitan minta tolong. Saya melihat pipi kawan tersebut merah macam bengkak pun ada leher berpusing sebelah kiri tidak dapat seperti biasa boleh pusing kiri kanan. Saya bergegas pangil ustaz rumah berdekatan dengan masjid. Dia membaca kalimah al quran lalu di suru minum air. Tak lama kemudian baru la kawan ini ada selesa. Rupa2 nya dia kena tampar jin islam. Kamu azan sambil isap rokok macam sama kamu makan kue sambil azan. Ibaratnya kamu macam menghina rumah alloh.. Tegur ustaz.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)