Isnin, 22 Julai 2013

Apakah Formula Untuk Mencari Prospek?

Assalamualaikum


Prospek? Apakah itu prospek? Senang cerita prospek ni kira bakal pelanggan yang kita nak cari la. Korang kalau berniaga mesti ambil tahu tentang prospek ni. Setiap sesuatu perniagaan mempunyai ciri dan jenis prospek yang berbeza.




Tapi entri kali ini aku sekadar nak fokus kepada bagaimanakah tip, cara, teknik atau kaedah hendak mencari prospek industri insurans/takaful/amanah saham/unit amanah/unit trust/mutual fund sahaja. Bagi konsultan yang baru mencemburi industri konsultansi kewangan ni sudah pasti menghadapi masalah macam mana nak mencari prospek kan? Prospek yang betul sangat penting bagi memudahkan  kita konsultan untuk membuat dan memasarkan servis. 

Sebenarnya dalam industri konsultansi kewangan ni orang di sekeliling kita adalah bakal prospek. Bagaimanakah tip, cara, teknik atau kaedah hendak mencari prospek? Apakah formula untuk mencari prospek? Aku sekadar berkongsi pengalaman macam mana aku mencari prospek. Setiap orang ada cara mereka sendiri kan? 


Tip/Cara/Teknik/Kaedah Mencari Prospek Insurans/Takaful/Amanah Saham/Unit Amanah/Unit Trust/Mutual Fund


1. Warm Market (Keluarga atau rakan)


Keluarga dan rakan merupakan bakal prospek kita yang paling mudah untuk kita dekati. Mereka juga sangat mengenali peribadi kita macam mana kan? Kalau keluarga atau rakan korang tak minat nak join servis korang tu tak payah nak kecewa sangat. Anggap sebagai latihan untuk kita melatih teknik berkomunikasi dan memasarkan servis sebelum bertemu dengan bakal prospek yang tidak dikenali nanti. Kalau keluarga atau rakan korang berminat nak join tu kira rezeki la kan? 


2. Reference (Rujukan) daripada Warm Market


Korang juga boleh dapatkan prospek dengan bertanya kepada pelanggan sedia ada, keluarga atau rakan sekiranya ada rakan mereka yang berminat dengan servis korang tu. Mungkin keluarga atau rakan korang tak berminat nak join servis korang tapi diorang boleh kenalkan korang dengan rakan-rakan mereka yang mungkin bakal jadi prospek korang.

3. Road Show


Road show ni kira aktiviti korang buka booth (gerai jualan) dekat sesuatu tempat yang agensi korang anjurkan atau korang sendiri yang kena pergi cari. Cuma cara road show ni kena keluar modal sikit la untuk sewa tapak. Tapi kalau free jangan korang lepaskan peluang ni. Cuma skill (teknik) korang nak berkomunikasi dengan prospek yang tak dikenali (stranger) sangat main peranan semasa aktiviti road show ni. Aku juga masih belajar macam mana nak upgrade skill untuk berkomunikasi dengan prospek.

4. Cold Calling

Cara ni sesuai sekiranya korang jenis segan nak berjumpa prospek cara face to face (bersemuka). Melalui cara ni teknik korang buat panggilan tu sangat penting. Sebelum korang buat “Cold Calling” sediakan skrip perbualan korang tu terlebih dahulu. Jangan gugup masa berbual sudah. Senyum sikit masa buat panggilan tu. Rilek je jangan buat panggilan macam robot (baca skrip). Potensi untuk dapatkan prospek yang besar pon agak cerah dengan cara ni. Paling penting sila pastikan kredit korang cukup sebelum buat panggilan. Aku jarang guna cara ni. Lebih suka jumpa face to face.

5. Terjah

Aktiviti kegemaran aku sejak aku mula join industri konsultansi kewangan ni. Tapi cara ni memang korang kena tebal muka sikit la. Aku masa awal join dulu segan la juga. Tapi percayalah kalau korang aktif buat aktiviti terjah ni lama-lama hilanglah perasaan segan korang tu. Korang Cuma perlu sediakan satu surat proposal terlebih dahulu untuk minta kebenaran dapatkan tarikh dan masa sebelum korang pergi terjah dekat pejabat yang korang nak terjah tu.

BL: Teringat nasihat dari GAM masa aku buntu nak cari prospek masa awal join industri konsultansi kewangan ni dulu. Dalam industri konsultansi kewangan ni tiada apa-apa formula sebenarnya. Kena rajin pergi jumpa orang dan cerita pasal servis korang tu. Tanamkan niat korang join industri konsultansi kewangan ni untuk sampaikan mesej kepada orang ramai tentang kepentingan merancang kewangan mereka. Aku pun masih banyak lagi perlu belajar tentang industri konsultansi kewangan ni. Semoga tip yang aku kongsi ni dapat membantu korang untuk dapatkan prospek. Macam mana nak closed sales? Jangan tanya aku. Tu korang kena belajar dari pengalaman korang sendiri. Hehe. ;)

4 ulasan:

bicara mak dara berkata...

satu perkongsian yg bagus

Udin berkata...

@adzairdawati makdara

sekadar berkongsi pengalaman cetek saya dalam bidang ni mak dara. Hehe. :)

Unknown berkata...


menarik cara penyampaian dan terima kasih berkongsi...moga rezeki anda bertambah

Unknown berkata...

sy dh 2 bulan masuk industri ni. tapi msih xdpat client / prospek..
jenis yg xde ramai kwn.. buntu skrg, mcm nk putus asa pun ada.. ade sesape yg dpt bantu sy mcm mne nk dpt prospek stranger

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)