~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Rabu, 20 Oktober 2010

hari pertamaku di keyell...

Assalamualaikum


Fuh!!! Penat.. Penat.. Sampai juga BL dekat keyell.. Padahal bukan BL yg drive kereta pun.. Punya la renyah nak cari jalan kat keyell ni.. Yelah dah jarang mai keyell kan.. Sekali mai teraba raba dok cari jalan.. Tapi alhamdulillah jumpa gak tempat yg di cari.. Sampai aja kat Akademi Etiqa BL terus naik ke tingkat 12.. Jumpa degan minah kerani dekat situ.. Boleh tahan gak.. Cute siot.. Orang Penang pula tu.. Hehehe.. BL minta minah ni bawa BL pergi jumpa dengan staf dekat situ.. Dekat tingkat 15 untuk tanya tempat penginapan BL. 


Mula mula staf tu cakap kursus yg bakal BL ikut ni dah penuh.. Pergh! Tension gak BL masa tu.. Dah la penat pon tak habis lagi.. Tapi nasib baik lah lepas semak balik nama BL ada untuk ikut kursus ni.. Fuh! Lega.. Kalau tak buta aja mai keyell ni kan.. Grrrrrrr.. Lepas dah kompem minah kerani ni mintak BL follow dia pergi cari hotel untuk BL menginap.. Jalan punya jalan last last jumpa gak.. BL menginap kat hotel di jalan masjid india.. Lepas dah letak semua barang apa yang patut.. BL dengan parent kuar jalan jalan kat jalan masjid india ni cari gerai makan.. Lapaq gila dah masa ni.. Jalan jauh la katakan.. Hehehe.. 

Minah kerani tu pon ikut gak kita orang pergi makan.. Bukan apa saja jemput dia sekali kira upah la sebab tolong tunjuk jalan.. Lepas dah selesai makan BL dan parent pergi ronda ronda tengok barang barang yang dijual kat area masjid india ni.. Mak BL memang mata rambang dah tengok barang barang yang ada dekat sini.. Biasalah kaum hawa kan suka shopping.. Hehehe! ;p Tapi di sebabkan badan masing masing dah letih.. jadi hanya window shopping aja la.. Kemudian terus gerak balik hotel.. Petang kira kira nak dekat masuk waktu zohor parent BL pon dah balik.. 

BL pon apa lagi.. Terus ronda ronda bawa diri sorang diri kat jalan masjid india ni.. Tapi yang tak tahan ronda punya ronda sampai lupa jalan nak balik hotel.. Kira sesat la ni.. Huhuhu.. Apa apa pon BL tetap kool Padahal dalam hati dok serabut dah.. Hahaha! BL main tibai aja cari jalan.. Last last jumpa juga jalan balik hotel.. Fuh! Lega.. Apa apa hal esok BL bakal menjalani kursus agent on boarding di akademi etiqa.. Harap harap okey lah kursus ni nanti.. Semoga dapat bagi sesuatu yang manfaat untuk diri BL.. Hahaha! Okay sampai sini aja kot.. Sekian.. Wasalam.. :D

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)