Assalamualaikum
Hurm.. Kemarin GAM BL mesej yang kursus yang tertunda hari tu telah ditetapkn pada 21 haribulan ni hingga 4 nov.. Huhuhu.. Tapi entah mengapa pula BL rasa macam malas nak pergi kursusu tu.. Tapi kalau BL tak pergi macam rugi pula.. BL ni dah la takde pengalaman keje.. Masa mengaji kat kampus dulu pun BL tak amik praktikal.. Haishhhh!!!!! Macam mana ni????
BL sebenarnya tak lah minat sangat nak keja jadi agen ni.. Yelah gaji hanya bergantung pada komisen yang dapat hasil dari cari pelanggan aja.. Tapi memandangkan zaman sekarang ni nak cari keje sikit punya susah.. Maka BL terpaksalah buat pura pura minat suka dengan keja tu.. Serabut BL pikir pasal masa depan BL ni.. Konvo dah lama dah.. tapi sampai skang masih menganggur lagi.. Huhuhu.. Padahal banyak keja yang ada dekat kawasan BL ni.. Tapi semua tak menarik minat BL. Kalau nak keja kilang??? Adoi! Tak nak lah BL.. Kalau jadi cashier kedai makan???? Macam tak best aja.. Jadi agen???? Lagi BL malas.. Nak kena gerak pergi sana sini.. Huhuhu..
Ni lah BL memilih sangat keja.. Bukan apa.. BL kalau leh minat nak jadi cikgu aja.. BL dah tengok iklan KPLI untuk pengambilan tahun depan.. Tapi masalahnya di buka untuk sekolah kebangsaan cuma tawarkan subjek Bahasa Inggeris dengan Pra Sekolah aja.. Adoi! Tak da rezeki lagi BL tahun ni.. Dah la apply cikgu sandaran pon senyap aja smpai sekarang.. SPA lagi la.. Buat penat ja pergi jawab exam hari tu.. Last last hampeh aja.. Nasib nasib.. Benda yang BL nak sangat tak dapat.. Yang BL tak nak itu la yang datang berduyun duyun.. Member member BL yang sama sama mengaji dulu sekarang dah ada yang keja tetap.. Yang bakal dan sudah berumahtangga pon ada.. BL ni ja yg masih terawang awang mencari haluan hidup.. Huhuhu..
BL tak mahu ka ang pakai kereta besaq? duduk rumah besaq? pergi melancong sana sini???? siapa yang tak mahu semua ni bukan? Tapi buat masa sekarang ni BL kena cari keja yang betul betul sesuai dengan diri BL dan BL selesa dengan keja tu.. Yang boleh jamin masa depan BL.. Kalau nak harap keja jadi agen ni bukan tak boleh.. Fuh! Tapi BL rasa macam tak ada harapan la.. Huhuhu.. Apa apa pon BL cuba pergi dulu kursus ni.. Mana tahu ada sesuatu yang BL boleh dapat dari kursus ni nanti kan.. Huhuhu.. Ni lah kisah hidup BL yang poyo buat masa ni.. Sampai sini aja kot.. Sekian.. Wasalam.. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan