Ahad, 15 Januari 2012

Dunia Baru Aku

Assalamualaikum 

Fuhhh! Hari ni genap seminggu lebih aku dekat tempat kerja baru.. Baru aku tau macam mana rasanya kerja makan gaji.. Terikat dengan masa.. Masa join takaful dulu rilek je.. Ikut suka hati aku saja nak kerja atau tak.. Tu pun tak aktif sangat.. Tapi sekarang dah tak boleh macam dulu dah.. Penat tu boleh tahan juga la.. Tapi tak apa saja nak cari pengalaman kerja makan gaji macam mana.. Mengapa aku beralih kerja makan gaji pula? Selalunya dari makan gaji ke kerja sendiri.. Tapi aku terbalik pula.. Saja nak cari 'feel' baru.. Lagi pun tak la jauh mana pun tempat kerja aku dengan rumah.. Boleh la nak tambah pendapatan sikit.. Duit minyak pun boleh jimat.. 

Aku dah berhenti kerja takaful ke? Bila masa pula aku berhenti? Rugi la kalau aku berhenti kan.. Masih lagi jadi agen takaful.. Hujung tahun ni baru tamat kontrak.. Pada mulanya aku rancang nak berhenti dah kontrak takaful dengan syarikat yang aku join sekarang ni.. Tapi bila fikir balik.. Rugi pula.. Maka aku buat keputusan untuk kerja makan gaji dulu la untuk sementara waktu.. Sambil tu boleh promote takaful juga kan kalau ada masa.. Hehehe.. Lepas tamat kontrak nanti aku rancang berkemungkinan nak beralih ke syarikat takaful lain pula.. Tak pun beralih jadi agen unit trust pula ke.. Tengok la macam mana.. Habis saja kontrak nanti baru aku buat keputusan sama ada masih nak setia dengan syarikat takaful sekarang ni atau beralih ke syarikat lain pula.. Tu pun bergantung pada situasi ekonomi negara macam mana.. Bukan senang wooo nak tarik orang join takaful ni.. Huhuhu.. 

Hurmmm.. Macam ni la rutin harian hidup aku awal tahun ni.. Bangun awal pagi pergi kerja balik pula malam.. Blog ni pun dah kurang aktif buat sementara waktu.. Bukan apa sekarang aku aktif update blog ni pula.. Sini.. Tu pun buat entri autopublish je.. Entri kopi dan pasta saja kan.. Baru sebulan lebih blog tu.. Blog Budak Logam ni pula mungkin sekadar untuk entri peribadi aku saja kot.. Buat sementara waktu ni la.. Sekarang aku nak fokus tentang kerja dulu.. Kalau boleh aku nak tamatkan zaman bujang dalam beberapa tahun lagi.. Faham faham jelah.. Anak dara sekarang ni mahai wooooo.. Tarak duit memang tak kawen la jawabnya.. Hahaha.. 



BL: Kerja untuk hidup? Hidup untuk kerja? Jawab aku kita memang perlu cari rezeki untuk hidup di dunia ni.. Kalau tak kerja macam mana nak tunaikan rukun Islam yang keempat yakni mengeluarkan zakat kan? Di samping dapat saham untuk kumpul pahala juga.. Kalau ikhlas la.. Kerja itu kan ibadat? Hehehe.. ;)

2 ulasan:

kay_are berkata...

lame dah tak jejak sini.. owh dah jadi ejen takaful rupe nye.. tahniah2

Udin berkata...

@kay_are

dah lama jadi agen takaful.. skang keja mkn gaji pula.. takaful tu wat part time ja kalau ada masa.. hehe..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)