Assalamualaikum
Hurm.. Ramadhan kembali lagi.. Bersediakah kita untuk mengharungi selama sebulan berpuasa di bulan Ramadhan ini? Sebelum itu aku nak berkongsi sedikit apakah itu pengertian puasa.. Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat kerana Allah S.W.T.. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditentukan..
Ingat ye puasa di bulan Ramadhan ini adalah wajib kerana merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima.. Tiada alasan bagi kita untuk mengabaikan ibadat berpuasa ini kerana puasa bulan Ramadhan ialah puasa yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. kepada seluruh umat Islam yang telah akil baligh sebagai salah satu daripada rukun Islam yang kelima.. Sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan, ia wajib mengqada' dan membayar kifarat.. Namun jika sesiapa yang meninggalkan kerana uzur, hanya diwajibkan mengqada sahaja..
Masih ingat lagi niat puasa Ramadhan?
Haa.. Ini pula niat puasa Ramadhan bagi sebulan pula..
Hurm.. Masa nak berbuka nanti jangan lupa baca doa berbuka puasa pula ye.. Hehe.. ;)
Semoga ketibaan Ramadhan yang mulia ini dapat membawa perubahan untuk kita semua.. Maka dengan ini aku ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan rakan blogger dan pembaca blog Budak Logam ini.. Sekian, Wassalam.. :)
BL: Jangan ponteng puasa tau.. Hehehe.. ;)
2 ulasan:
thnks sharing :D
Semoga Ramadhan Kita berkah... :)
Salam bLogger, :)
Catat Ulasan