Selasa, 1 Januari 2013

Suasana Perang Awal Pagi 1 Januari 2013 Masihi.


Assalamualaikum


Grrrr. Macam duduk dekat medan perang la pula rasanya. Nak layan movie pon tak senang aih! Tepat saja pukul 12 pagi tadi bersamaan  1 Januari 2013 masihi bermula la adengan peperangan antara daerah kampung aku, kampung sebelah dan kampung seberang. Punya la depa dok celen mercun sapa bunyi paling power. Haish!

Memang tak sah kalau tak dengaq bunyi benda alah tu. Tak kira la tahun baru kah, tahun baru cina kah, raya puasa kah, malahan deepavali sekali pon adengan perang perang ni dah macam satu trend. Kalau tak bunyi tu memang suatu yang pelik lah. Mesti ada something wrong somewhere. Tapi takpa aku suka suasana tu semua. Baru Nampak macam meriah sikit. Hahaha.

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 Masihi


Assalamualaikum


Fuhhh! Tak sangka hari ni hari terakhir tahun 2012 masihi. Siyes memang masa berlalu pergi dengan pantas.Memang tak terkejar woi. Hahaha. Masih banyak yang aku rancang pada awal tahun ni belum tercapai lagi. Takpa aku akan pastikan akan tercapai juga segala perancangan tu semua. Biasa lah kita sekadar mampu merancang kan? Tapi perancangan DIA lagi baik betul tak? Hahaha.

Sepanjang tahun yang telah berlalu ni takda banyak sangat kisah menarik yang aku nak kongsi dengan korang. Kebanyakkan masa aku sepanjang tahun ni dilebihkan di tempat kerja. Blog Budak Logam ni pon aku jarang singgah sangat sekarang. Siyes rindu juga la nak aktif macam dulu balik. Tapi masa saja tak mengizinkan. Hurm.

Sabtu, 22 September 2012

Sekeping Ijazah Tidak Jamin Kehidupan Lebih Baik?

Assalamualaikum



Hurm.. Kali ni aku tertarik nak kongsi dengan korang pasal satu artikel akhbar yang aku jumpa dekat Facebook.. Korang baca tajuk entri pun dah dapat tangkap apa yang ingin aku sampaikan kali ni.. Entri ni lebih sesuai untuk bakal graduan sebenarnya.. Sebelum tu aku nak Tanya korang satu soalan sahaja.. Apa tujuan korang sambung belajar sebenarnya?


Tak kisah la diperingkat sijil kah.. Diploma kah.. Ijazah kah? Untuk apa? Adakah niat korang sambung belajar kerana nak mengharapkan peluang pekerjaan mengikut kursus yang korang pilih setelah tamat belajar kelak? Atau untuk apa korang habiskan masa dalam beberapa tahun di kampus?

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)