Assalamualaikum
Salam semua.. Entri kali ni aku nak kongsi sikit berkaitan kesihatan.. Sebelum tu tahu tak apa itu BMI? Haa.. Kalau mengikut wikipedia "Sini" BMI ni merujuk kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Melayu kita diterjemahkan sebagai Jisim Indeks Tubuh (JIT).. Apa kepentingan BMI/JIT ni?
BMI ni sebenarnya adalah suatu langkah yang digunakan untuk menilai tahap kegemukan seseorang itu dengan mengukur berdasarkan tinggi dan berat individu tersebut.. Melalui BMI boleh dikatakan sebagai salah satu cara paling mudah untuk menentukan sama ada seseorang individu itu mengalami masalah kegemukan ataupun tidak.. Tak susah untuk mengira BMI ni.. Kalau cara formal sila rujuk formula di bawah ni..
Bagaimana nak kira? Senang aja.. Sebagai contoh tinggi korang 168cm, berat pula 68 Kg..
68Kg/(1.68 x 1.68) = 24.0929 @ 24.093 ~~~> Maka nilai ni menunjukkan BMI korang normal..
Haa.. Macam mana nak tahu nilai tu normal atau tak? Sebelum tu sila rujuk jadual dibawah ni pulak..
Dengan adanya aplikasi untuk mengukur BMI ini, seseorang individu itu boleh menentukan status sama ada dalam kategori terlalu kurus, normal, berat berlebihan atau obes..
Guna contoh pengiraan tadi.. Nilai BMI adalah 24.093 bukan.. Maka ini bermakna nilai BMI dalam kategori normal sebab dalam lingkungan 18.5 - 24.9 bukan? Ce cuba korang kira nilai BMI korang pula dalam kategori mana?
Kalau malas nak kira cara formal masukkan aja nilai tinggi dan berat korang kat Sini atau Sini.. Selamat mencuba.. Hehehe..
***Walaubagaimanapun formula ni tidak sesuai digunakan sekiranya seseorang itu:
~> berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
~> mengandung atau menyusukan anak
~> seorang ahli sukan yang aktif
Sumber: WowBerita.Com, ConstructingHealth
3 ulasan:
BMI yg sihat pd ibu mengandung apa ekk
Sang lekit
errr, sy pon tak pasti la cik lekat lekit.. mungkin info blog ni dpt menjawab jawapan cik lekit.. sini..
Progress Kehamilan : Kenaikan Berat Badan Yang Berpatutan
Terimakasih bagi formula BMI, tapi saya lebih suka menggunakan kalkulator BMI interaktif.
Terimakasih
Catat Ulasan