Ahad, 1 September 2013

Gundah Gulana

Assalamualaikum

Dua pertiga dari tahun 2013 telah berlalu pergi. Tinggal satu pertiga saja lagi baki yang tinggal sebelum  melangkah masuk ke tahun 2014 masihi pula. Fuh! Sekejap sungguh masa berlalu kan? Hurm. Lapan bulan yang telah berlalu pergi. Setiap hari-hari yang berlalu ada kisah-kisah tersendiri untuk kita semua kan. Apakah pencapaian yang telah kita capai sejak dari awal Januari hingga kini? 


Sabtu, 31 Ogos 2013

Apakah erti MERDEKA pada diri kita?

Assalamualaikum

Sekadar entri ringkas jer kali ni. Sekadar nak berkongsi pandangan aku tentang isu video "Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya" yang telah tersebar di laman Youtube, FacebookTwitter dan juga media sosial yang lain. Apa pendapat korang atas tindakan berani lelaki tersebut? Adakah korang setuju dengan tindakan lelaki tersebut? Atau sebaliknya?


Rabu, 7 Ogos 2013

Sehari Sebelum Aidilfitri 1434 Hijrah/2013 Masihi

Assalamualaikum

Sekadar entri ringkas lagi dari aku kali ni. Insha Allah kemungkinan besar esok kita bakal menyambut Aidilfitri 1434 Hijrah bersamaan 2013 Masihi. Dengan ini aku dikenali sebagai Udin ingin memohon kemaafan dari korang pembaca blog Budak Logam ni serta rakan blogger yang mengenali sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur kata, menguris perasaan korang dalam entri entri aku sebelum ni. Kira kita kosong kosong balik lah ye. Hehehe. ;)



Selasa, 6 Ogos 2013

Roh Yang Kembali Di Bulan Ramadhan?

Assalamualaikum

Entri kali ni sekadar nak berkongsi satu artikel tentang Roh yang kembali di bulan Ramadhan. Tahukah korang bahawa apabila tiba bulan Ramadhan semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T. untuk kembali ke bumi?


Isnin, 5 Ogos 2013

Mampukah Aku?

Assalamualaikum

Sekadar entri ringkas je kali ni. Fuh! Bermula kelmarin angka usia aku mara lagi setapak ke hadapan. Wow! Kalau la aku dah kawen sekarang ni mesti paling koman dah ada anak sorang apa? Poyo je kan! Hahaha.




Khamis, 1 Ogos 2013

Semangat Yang Hilang!

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik Insha Allah tinggal lagi seminggu saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita kan? Bagaimanakah perasaan korang? Rasa teruja Syawal bakal menjelma? Atau rasa sedih Ramadhan bakal meninggalkan kita? Hurm.


Ahad, 28 Julai 2013

Meniti Titian Sirat

Assalamualaikum

Sekadar renungan bersama. Dipetik dari album Langit dan Bumi (1986) yang berjudul Meniti Titian Usang. Lirik lagu kumpulan Rock lagenda Malaysia ini sangat memberi impak kepada diri aku yang sentiasa terleka dengan pancaroba hidup di dunia ini. Jom kita hayati maksud tersirat disebalik lirik lagu Meniti Titian Usang dari kumpulan Search ini.



Jumaat, 26 Julai 2013

Salam Nuzul Al-Quran 1434 Hijrah/2013 Masihi

Assalamualaikum

Pertengahan Ramadhan yang dijanjikan keampunan oleh Allah S.W.T. sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu dengan cepat kan? Pejam celik pejam celik kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Hurm. Hari ini, sudah masuk 17 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 26 Julai 2013. Di pertengahan Ramadhan ini juga  ada peristiwa besar yang selalu kita sebut sebagai Nuzul Al-Quran. Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran atau Quran bererti bacaan atau himpunan. 


Isnin, 22 Julai 2013

Apakah Formula Untuk Mencari Prospek?

Assalamualaikum


Prospek? Apakah itu prospek? Senang cerita prospek ni kira bakal pelanggan yang kita nak cari la. Korang kalau berniaga mesti ambil tahu tentang prospek ni. Setiap sesuatu perniagaan mempunyai ciri dan jenis prospek yang berbeza.


Hobi Jana Pendapatan?

Assalamualaikum

Hobi? Apakah itu hobi? Rasa macam zaman sekolah rendah pula nak cerita pasal hobi ni. Definisi umum hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Senang cerita hobi ni kira aktiviti yang korang suka buat la masa waktu lapang macam hari minggu tu. Bukan waktu kerja noh! Setiap orang mempunyai minat yang berbeza kan?  Mungkin ada yang minat ternak lebah untuk kumpul madu, menanam pokok kaktus, kumpul barangan antik dan macam macam lagi la. Sesetengah tu tak pernah fikir pon ada juga hobi macam tu.


Selasa, 9 Julai 2013

Takwim Ramadhan 1434 Hijrah/2013 Masihi

Assalamualaikum

Sekadar nak berkongsi jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak bulan Ramadhan 1434 Hijrah/2013 Masihi. Semoga takwim Ramadhan 1434 Hijrah/2013 Masihi ni dapat memudahkan kita merancang waktu untuk berbuka puasa dan bersahur. Sekian, wassalam.




Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 Hijrah/2013 Masihi

Assalamualaikum

Ramadhan kembali lagi. Sekadar entri ringkas je kali ni. Selamat menunaikan rukun Islam yang ketiga kepada muslimin dan muslimat sekalian terutama pembaca blog Budak Logam ni. Sebelum tu masih ingat lagi tak niat puasa? Takkan dah lupa kot? Jom ulang kaji balik. Sini. Rabu ni dah nak puasa kan? Semoga ketibaan Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada diri kita.


Isnin, 10 Jun 2013

Mengapa simpanan untuk persaraan perlu mula dari usia muda?

Assalamualaikum

Simpanan untuk persaraan? Bagi segelintir anak muda macam aku ni mungkin tak berapa nak kisah sangat kan? Umur 30 tahun pun belum masuk lagi. Apa nak sibuk sangat pasal simpanan untuk persaraan betul tak? Hurm. Dulu memang aku fikir macam tu. Tapi sejak aku mula aktif dalam kerjaya sebagai perunding kewangan ni bagi aku perancangan simpanan untuk persaraan harus bermula dari usia muda yakni sekarang!


Mengapa simpanan untuk persaraan ni harus bermula dari usia muda? Sebelum tu aku nak berkongsi kisah keluhan seorang pakcik semasa aktiviti aku dengan business partner buka kaunter jualan di sebuah pejabat kerajaan minggu lepas. Pakcik ni mengakui dia menyesal kerana tidak mulakan langkah merancang simpanan untuk persaraan dari usia muda lagi. Kini dia dah berusia 58 tahun dan masih lagi bekerja akibat bebanan hutang.

Selasa, 30 April 2013

Ilmu bukan untuk makan gaji?

Assalamualaikum

Sekadar nak berkongsi entri ringkas sahaja kali ni. Artikel keratan akhbar ni agak menarik untuk dibaca. Pada pendapat BL tak salah jika siswazah nak cari pengalaman dulu selepas tamat pengajian nanti. Tapi tanamkan niat untuk berhijrah sebagai usahawan pula nanti. Pengalaman bekerja makan gaji tu hanya sekadar sebagai panduan untuk mengorak langkah sebagai usahawan pula. Jika bangsa lain boleh berjaya takkan kita tak boleh berjaya kan? Takkan kita hanya sekadar melihat bangsa lain berjaya sedangkan kita hanya makan gaji sehingga bersara? Renung-renungkan. :)

Isnin, 4 Februari 2013

Dunia Baru


Assalamualaikum


Hari pertama di bilik latihan agensi sebagai konsultan unit amanah. Boleh la nampak bayang juga la sikit bidang ni macam mana sebenarnya. Kebanyakkan konsultan yang terdahulu yang telah berjinak dalam bidang ni semua hebat hebat belaka. BL bangga kerana kebanyakkan mereka adalah anak anak Melayu. Caya la wei.

Masa dalam kelas tadi terasa macam diri BL ni rendah sangat kalau nak dibandingkan dengan mereka tu. “Rilek bro lu baru hari pertama ma. Jangan nak banding dengan diorang tu. Lu kalau dah lama bertapak dalam bidang ni. Mesti boleh jadi macam diorang jugak” BL bermonolog sendirian ketika dibilik latihan agensi tadi nak bagi sedap hati.

Ahad, 3 Februari 2013

Apa itu BONEKALIFE?

Assalamualaikum


Wuz up korang! Semoga semua sihat sihat lah ye. Orait kali ni sekadar nak berkongsi entri ringkas dengan korang tentang laman blog member BL masa sekolah dulu. Sebelum tu jom layan sat klip video dekat bawah ni. 



Sabtu, 2 Februari 2013

Mati hidup kembali


Assalamualaikum

Fuh! Alhamdulillah. Punya la risau BL risau takut tak lepas exam ni. Tapi akhirnya. Syukur! Hahahahaha. Okay la. BL malas nak merapu panjang sangat entri kali ni. Sekadar nak berkongsi perasaan puas dan lega lulus Computerised Unit Trust Exam (CUTE) petang tadi. Fuh! Alhamdulillah.

Selasa, 1 Januari 2013

Suasana Perang Awal Pagi 1 Januari 2013 Masihi.


Assalamualaikum


Grrrr. Macam duduk dekat medan perang la pula rasanya. Nak layan movie pon tak senang aih! Tepat saja pukul 12 pagi tadi bersamaan  1 Januari 2013 masihi bermula la adengan peperangan antara daerah kampung aku, kampung sebelah dan kampung seberang. Punya la depa dok celen mercun sapa bunyi paling power. Haish!

Memang tak sah kalau tak dengaq bunyi benda alah tu. Tak kira la tahun baru kah, tahun baru cina kah, raya puasa kah, malahan deepavali sekali pon adengan perang perang ni dah macam satu trend. Kalau tak bunyi tu memang suatu yang pelik lah. Mesti ada something wrong somewhere. Tapi takpa aku suka suasana tu semua. Baru Nampak macam meriah sikit. Hahaha.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)