Ahad, 3 Julai 2011

Kisah Pelajar, Pensyarah Dan Mayat

Assalamualaikum


Salam semua.. Kali ni nak kongsi satu kisah antara sekumpulan pelajar perubatan dan pensyarah.. Sekumpulan pelajar perubatan ni diminta berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..



Pensyarah: Okay class, hari ni saya meminta awak semua melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..


Pelajar pelajar tersebut hanya diam membisu mendengar arahan yang diberi sambil masing masing memandang ke arah mayat yang terlantar di hadapan mereka..


Pensyarah: Dalam bidang perubatan, ada dua kualiti yang sangat penting dititik beratkan untuk menjadi seorang doktor.. Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat..


Lalu pensyarah tersebut mencucuk salah satu jarinya ke dalam mulut mayat tersebut.. Lalu menarik keluar jari tersebut dari mulut mayat tersebut dan menjilat jarinya itu.. Pelajar pelajar tersebut hanya diam membisu melihat reaksi pensyarah tersebut bertindak sedemikian rupa..


Pensyarah: Okay.. Sekarang, saya nak kamu semua buat seperti mana yang saya lakukan pada mayat ni sebentar tadi..


Pelajar pelajar tersebut hanya memandang antara satu sama lain.. Selepas beberapa ketika, barulah mereka bertindak seperti mana yang pensyarah tersebut lakukan sebentar tadi.. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat tersebut dan menjilatnya.. Setelah semua pelajar selesai, pensyarah tersebut memandang ke arah mereka sambil tersenyum sinis..


Pensyarah: Hurmm.. Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.. Seperti tadi.. Saya memasukkan jari hantu ke dalam mulut mayat tetapi menjilat jari telunjuk saya bukan.. Tapi saya melihat anda semua menjilat jari yang telah dimasukkan kedalam mulut mayat tersebut.. Haa.. Sekarang masing masing tumpukan perhatian! Pahamm!!!


BL: Hahaha.. Moral disini teliti itu penting! ;p

3 ulasan:

Bunga berkata...

weeekkkk..nak muntah rasa..sbb tu kena tumpukan perhatian kan..haha..xdapat nak bayangkan..

Udin berkata...

bunga

hahaha.. betui2.. teliti itu penting! ;p

shafiqabdshukor berkata...

HAHAHAHAHA...
ciannye..
seb baik ak dak engineer..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)