Sabtu, 18 Disember 2010

Siapakah ADOLF HITLER sebenarnya???

Assalamualaikum


kali ni BL nak wat entry tentang seorang tokoh yg tak asing lagi dimata dunia iaitu ADOLF HITLER.. ampa korang kenal tak sapa ADOLF HITLER ni??? tahukah ampa korang sapa ADOLF HITLER ini sebenarnya??? sapa yg tak kenal dgn individu bernama ADOLF HITLER ini bukan yg dilabelkan sebagai seorang diktator yg gila kuasa, kejam & bengis oleh kebanyakkan orang barat.. 


namun disebalik itu beliau merupakan seorang perancang yg pintar, pemidato yg hebat dan juga merupakan tokoh politik yg sangat diagungkan di Jerman dalam lingkungan tahun 1920-an hingga 1940-an.. terlibat dalam PERANG DUNIA I tetapi memain peranan penting dalam PERANG DUNIA II.. beliau juga di jadikan sebagai idola pada ketika itu kerana barjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat..





kebangkitan HITLER sebagai fuhrer parti NAZI merupakan zaman kegelapan bagi Jerman.. ketika itu berlaku huru hara gara sehingga berlaku insiden pembunuhan.. kekejaman HITLER telah menyebabkan rakyat JERMAN hilang kepercayan terhadap parti NAZI yg dilabelkan sebagai parti samseng.. namun HITLER bijak mengatur strategi dgn membuat propaganda sehingga beliau dilantik sebagai Perdana Menteri 'Chancellor' Jerman.. 

semasa tempoh pemerintahan HITLER banyak perubahan yg telah berlaku dimana Jerman merupakan negara Eropah pertama yang pulih sepenuhnya daripada kemelesetan besar yang melanda ekonomi dunia.. kadar pengangguran telah dikurangkan apabila kaum wanita digalakkan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah, lantas memberi laluan kepada kaum lelaki untuk mendapat kerja yang baru. disamping itu, HITLER juga telah memulakan industri automatif secara besar-besaran di Jerman dengan pembuatan kereta Volkswagen (yang bermaksud "kereta rakyat" dalam bahasa Jerman) dan juga membangunkan sistem lebuhraya autobahn di sana..

kejayaan HITLER menyerang Poland pada September 1939 dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara secara besar-besaran dan mengejut) telah memeranjatkan musuh dan jeneralnya sendiri sehingga menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman, dengan itu memulakan PERANG DUNIA II.. setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, HITLER menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan.. HITLER kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eva Braun, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945.. mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh..




Adolf Hitler




Benito Mussolini ("Il Duce") bersama Adolf Hitler




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

jom layan satu video yg BL ciplak dari youtube..


hitler berang jualan tiket tidak mencapai target






klik sini untuk info tentang Adolf Hitler, Perang Dunia I, Perang Dunia II




BL: hahaha! kelakar betoi.. sapa la yg edit video ni.. :D

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)