Assalamualaikum
sambil tengah jejalan usha blog rakan rakan blog tadi BL tertarik dengan entry saudara nasique ini tentang "syirik setiap hari tanpa kita sedari".. jika berminat klik sini
sedar atau tidak Allah S.W.T. telah berikan kepada kita seminggu dgn nama nama hari dan bulan yg cantik.. tetapi mengapa kita masih menggunakan nama nama hari dan bulan dari kalendar Inggeris? tahukah yg kebanyakkan nama nama hari dan bulan kelendar Inggeris diambil daripada nama nama dewa dewi selain nama nama Allah S.w.t.? sebagai contoh hari Jumaat iaitu "Friday".. tahukah bahawa maksud disebalik nama "Friday" ini diambil daripada nama Dewi Scandinavia iaitu "Frey"?
untuk mendapat penjelasan yg lebih terperinci tentang isu ini sila tonton klip video dibawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
ceramah Syeikh Imran Hossein
Tuan Syeikh ada membuka isu tentang perancangan keluarga adalah syirik yg merupakan perancangan yahudi dan nasrani untuk melawan takdir Allah S.W.T. dengan mengatakan mereka menetapkan takdir mereka sendiri.. BL sekadar ingin menambah sedikit tentang isu ini.. apa yg dimaksudkan oleh Tuan Syeikh ini bukan kita tidak boleh membuat perancangan keluarga tetapi harus ingat bahawa segala perancangan yg kita lakukan itu adalah ketentuan Allah S.W.T. hal ini akan menjadi syirik jika kita percaya bahawa dengan melakukan perancangan keluarga itu telah mengubah nasib kita..
begitu juga dengan contoh Cerita tentang Falah yg menghadapi penyakit jantung tersumbat telah berjaya diselamatkan oleh doktor daripada 3 kali pintasan jantung.. akan menjadi syirik jika mempercayai bahawa Fanas tidak akan hidup jika tidak diselamatkan oleh doktor tersebut.. sebaliknya kita harus mempercayai bahawa atas pertolongan Allah S.W.T. doktor tersebut berjaya merawat penyakit Fanas.. sememangnya apa yg dikatakan oleh Tuan Syeikh adalah benar.. sedar atau tidak kehidupan harian kita dipenuhi dengan syirik yg kita tidak sedar.. sekian.. :D
p/s: hidup dan mati umat manusia adalah pada ketentuan Allah S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan