Jumaat, 3 Disember 2010

Oat Pisang

Assalamualaikum


hari ni BL nak kongsi satu resepi degan ampa korang semua.. penah makan quaker oat tak? ala makanan ni lebih kurang macam nestum dengan bubur la gak? untuk pengetahuan oat atau nama saintifiknya "Avena Sativa" merupakan sejenis spesies bijiran.. BL tak nak terang panjang lebar pasal oat nih.. kalau ampa korang nak taw pasal oat nih leh refer mesin pencarian yg sedia ada k.. 


resepi yg BL nak perkenalkan pada ampa korang ni adalah oat pisang.. sebenarnya mudah ja untuk menyediakan resepi ni.. bahan bahan yg perlu disediakan ialah Quaker Oat kalau ampa korang nak guna nestum pon leh gak tapi dh jadi resepi lain la plak kan.. haha!, sebiji pisang selain pisang ampa korang leh gak gunakan buah-buahan tempatan yg lain, sayur-sayuran, ulam-ulaman atau apa apa sahaja yg sedia ada.. kalau lalu mkn la kan, susu kalau tak suka susu leh gak pakai milo, kopi, teh, nescafe, senang cite ikut citarasa ampa korang lah.. dah korang yg nak mkn kan dan juga air tak kisah la air paip ka, perigi ka, sungai ka, janji selamat untuk diminum sudah..

langkah pertama ampa korang mestilah didihkan air dahulu.. lepas air dah mendidih sila bancuh susu yg telah disediakan.. selepas susu dah siap dibancuh masukkan bijirin quaker oat kat dlm mangkuk.. selepas itu masukkan susu yg telah dibancuh itu tadi ke dalam mangkuk bijirin oat tersebut.. kemudian kacau sehingga sebati.. langkah seterusnya amik pisang yg telah disediakan kemudian hiris kecik kecik.. kemudian taburkan hirisan pisang tersebut ke dalam bijiran quaker oat yg telah disediakan tadi.. maka selesailah sudah menu oat pisang kita tadi.. dengan lafaz Bismillah ampa korang leh la melantak oat pisang yg ampa korang sediakan tu.. hahahaha! sekian sahaja resepi untuk hari ini.. jumpa lagi di lain hari.. sekian.. wasalam :D




haa.. ni lah resepi oat pisang yg telah disediakan.. selamat menjamu selera


BL: resepi ini tercipta di sebabkan sifat malas BL nak g kuar beli sarapan pagi.. maka BL gunakan apa saja bahan yg ada di umah untuk dijadikan sarapan pagi.. hehe :D

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)