Sabtu, 5 Februari 2011

Siri Tokusatsu MALAYSIA

Assalamualaikum


haha! kelakar layan karenah Johan dengan Zizan tadi.. especially masa babak diorang tiru gaya Epy.. mmg tak bleh blah.. senak perut gelak ja tadi.. overall persembahan "musical comedy" utk Raja Lawak 5 ni agak bosan sikit kalau nak dibandingkan yg tahun lepas punya.. yg agak menyerlah tadi kumpulan R2 ja.. yg lain macam tak brapa nak masuk.. rasa kumpulan Mamu lagi gempak kot.. haha! just pendapat peribadi BL..

berbalik pada topik asal.. apa pendapat korang tentang siri superhero kat Malaysia ni??? menarik tak??? pada pandangan BL la.. kebanyakkan siri2 superhero kat Malaysia ni lebih kepada gimik komedi ja.. tak serius macam filem2 barat atau Jepun.. dimana filem superhero diorang lebih kepada aksi2 watak watak yg diorang nak sampaikan dalam filem diorang.. maybe genre filem2 macam ni masih lom dapat diterima kat Malaysia kot.. tak pon kita masih kurang dari segi teknologi.. mungkinla kan.. hurm.. kalau yg ada pon semua jenis nak wat gimik lawak ja kan..

bukan apa peminat siri Tokusatsu mcm BL ni kalau boleh nak juga lah tengok siri atau filem superhero tempatan yg ala ala Jepun punya.. siyes.. walaupon siri Tokusatsu mcm kamen rider yg sesuai ditonton oleh golongan kanak kanak sahaja.. tapi sebenarnya golongan yg banyak menonton siri seperti ni adalah golongan remaja terutama golongan pelajar Universiti.. sebab jalan cite yg disampaikan agak rumit dimana ada kesinambungan dari satu episod ke satu episod.. tak caya layan ja mana2 siri kamen rider yg ada.. especially siri kamen rider Kabuto, Den-O, Kiva, Decade dan W.. siyes memang terbaik.. tak caya try layan dulu best ka tak best.. haha..

bayangkan kalau kat Malaysia pon ada siri superhero ala ala siri Tokusatsu.. mesti gempak bukan.. bila lagi kan.. sebelum ni bukan tak ada producer yg cuba hasilkan siri superhero ala ala Tokusatsu ni.. cuma kurang mendapat sambutan ja.. yelah mungkin disebabkan faktor jalan cite yg terlalu perlahan, serius, dan bosan.. faktor lain mungkin disebabkan persepsi dimana sekiranya filem2 yg ada aksi pertukaran sahaja dianggap siri utk kanak2 kan.. 

siri yg BL maksudkan ni ialah "Armour X".. kalau tak silap siri ni telah dikeluarkan dalam tahun 2005 kot.. maybe la.. tak pasti sangat.. bagi BL ni adalah suatu permulaan yg terbaik utk membawa kelainan bagi filem2 tempatan.. harap2 dimasa akan datang akan wujud satu siri atau filem yg boleh tandingi siri2 Tokusatsu yg sedia ada kat Jepun.. hehe..


ARMOUR X


ARMOUR X INTRO



p/s: teringin nak tengok siri Kamen Rider Malaysia pulak.. kihkihkih! ;)

2 ulasan:

sekamar rindu berkata...

salam...

time johan dan zizan mengayakan mimik muka epy laaa tadi yg kecuh..riuh rendah..mereka berdua yg menghiudpkan suasana...

Udin berkata...

@sekamar rindu

mmg kelakar diorang tu..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)