Assalamualaikum
pagi tadi BL ada mengikuti rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.. isu yg dibincangkan adalah berkaitan dengan mengapa remaja zaman kini semakin mundur dari segi akhlak.. antara punca punca penyebab remaja semakin mundur dari segi akhlak akibat propaganda yg telah dicipta oleh Yahudi dan Nasrani iaitu 5S dan 5F.. apakah 5S dan 5F ini? 5S merujuk kepada SONG, SPORT, SEX, STIM, dan SCREEN manakala 5F pula merujuk kepada FINANCE, FOOD, FUN, FASHION, dan FILM.. bagaimanakah 5S dan 5F ini boleh mempengaruhi akhlak remaja hari ini?
5S
SONG
Song merujuk kpd lagu atau muzik. jika kita lihat hari ini muzik mempunyai pengaruh yg besar di dalam persekitaran harian. dimana mana sahaja kita berada mesti tidak dapat lari daripada elemen muzik ini. sebagai contoh handphone. mmg tidak dinafikan sebilangan besar pengguna handphone akan meletakkan nadi diring yg pelbagai samada lagu, bunyi binatang, kartun, dan sebagainya. setiap bulan mesti ada sahaja konsert akan diadakan di serata negeri. sebagai contoh konsert jom heboh. kita dapat melihat ank2 muda kita terkinja kinja tanpa mengira muhrim di konsert tersebut. bagaimanakah elemen muzik ini boleh mempengaruhi akhlak remaja? sekarang ini dunia dah semakin moden. segala media samada video atau mp3 boleh dimuat turun drpd internet. jika lagu yg di muat turun ke arah keagamaan tidak menjadi masalah kerana dpt membentuk akhlak yg mulia drpd msg yg disampaikan. tetapi bagaimana dgn lagu2 spt black metal yg lebih kearah pemujaan syaitan, agresif, sex & pemberontakan. melalui lagu2 spt ini akan mempengaruhi akhlak remaja kita hari ini. samada korang percaya atau x melalui muzik juga boleh menimbulkan pergaduhan. mengapa? geng2 budak metal tidak akan campur dengan geng2 budak hip-hop. hal ini kerana masing2 ada fahaman tersendiri. persoalannya siapakah yg mencipta fahaman ini? budak2 metal dgn hip-hop ini kah? kalau bukan siapa?
SPORT
Sport merujuk kepada sukan atau permainan. dari sudut positif sememangnya aktiviti bersukan ini sangat2 dianjurkan dlm Islam kerana disamping dapat menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti bersukan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. tetapi mengapa sport juga merupakan penyebab mempengaruhi akhlak remaja hari ini? hal ini kerana apabila terlalu asyik atau taksub dengan aktiviti bersukan ini hingga menyebabkan manusia menjadi lalai. sebagai contoh ketika berlangsungnya piala dunia bola sepak. berapa ramai umat Islam yg mengabaikan tanggungjawab mereka dari segi kerja, hal rumah tangga, dan juga tanggungjawab terhadap Allah S.W.T. mengapa aku mengatakan sedemikian? kebanyakkan perlawanan langsung piala dunia akan diadakan pada waktu tengah malam hingga awal pagi. disebabkan terlalu taksub utk menonton perlawanan tersebut ramai yg sanggup berjaga dari tengah malam hingga awal pagi janji dapat menonton perlawanan langsung tersebut. kesannya berapa ramai umat Islam yg lewat datang kerja, urusan rumah tangga menjadi kelam kabut, dan yg paling menyedihkan sanggup meninggalkan SOLAT! yelah dah berjaga daripada tengah malam sampai pagi mcm mana nak bangun pagi kan? elemen sukan ini juga menyebabkan berlakunya perselisihan faham. sebagai contoh penyokong kumpulan A sanggup tidak bertegur sapa dengan penyokong kumpulan Z dan lebih teruk lagi hingga ada yang sanggup mencetuskan rusuhan gara gara kumpulan yg disokong kalah dalam perlawanan. selain itu elemen sukan ini juga menyebabkan berlakunya unsur perjudiaan.
SEX
Sex ini merujuk kepada perempuan. hal ini boleh dilihat pada gelagat artis2 kita yg berpakaian tidak senonoh. itu belum dibandingkan dengan artis2 barat yg lebih teruk lagi cara berpakaian diorang. gaya permakaian artis ini akan mempengaruhi akhlak remaja. sememangnya sudah menjadi lumrah dimana remaja remaja kita akan menyanjungi idola mereka yakni artis. sekiranya artis berperlakuan tidak senonoh maka gaya hidup artis itu akan diikuti remaja kita ini. sex ini juga merujuk kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. berlakunya kes2 rogol, sumbang mahram, pembuangan bayi, zina dan gejala moral yg lain disebabkan pergaulan bebas tanpa batasan. bila remaja remaja ini terlalu bebas maka mereka tidak memperdulikan perkara yg halal dan haram. disamping itu berleluasa bahan lucah melalui media seperti internet juga penyebab utama kepada penyebab ramaja terjerumus kpd gejala sosial yg melampau ini. itu belum lagi dilihat dari segi penjualan ubat ubat kuat seks dipasaran yg tanpa segan silu mempromosikan produk dikhalayak ramai yg merupakan pengalak utk menarik masyrakat ke arah seks!
STIM
Stim ini merujuk kepada khayal atau ketagih. masalah ketagihan dadah, perokok tegar, dan mabuk merupakan antara penyebab kepada keruntuhan akhlak remaja. sebagai contoh dadah. apabila seseorang itu telah terjerumus dlm ketagihan dadah maka kita dapat melihat hidup individu ini agak kurang terurus. golongan penagih ini sampai satu tahap sanggup mencederakan ahli keluarga sendiri semata mata untuk mendapatkan wang utk membeli dadah. begitu juga dengan situasi pemabuk pula. golongan pemabuk atau lebih dikenali sebagai kaki botol ini akan memberi kesan kepada orang persekitaran mereka terutama keluarga. golongan kaki botol ini akan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, keluarga, dan juga masyarakat.
SCREEN
Screen ini merujuk kepada media seperti wayang, internet, dan televisyen. media seperti wayang, internet, dan televisyen ini juga dapat mempengaruhi akhlak remaja. sebagai contoh tayangan filem filem ganas di panggung wayang. apabila remaja ini telah menonton wayang tersebut maka kebarangkalian besar akan terpengaruh dengan aksi aksi yang ditayangkan daripada wayang tersebut. masalah gengsterism di sekolah, pergaduhan, buli, vandalisme, dan lain lain adalah berpunca akibat terpengaruh dengan media seperti wayang, internet, dan televisyen.
5F
FINANCE
Finance merujuk kepada kewangan. mengapa elemen kewangan ini juga akan mempengaruhi akhlak remaja? salah satu faktornya adalah hutang. kebanyakkan masalah masyarakat kita hari ini ialah suka berhutang? tidak kiralah hutang dengan pihak bank, saudara mara, rakan sekerja, dan lebih teruk lagi berhutang dengan ceti haram atau lebih dikenali sebagai Ah Long. akibat sikap suka berhutang ini menyebabkan berlakunya sikap malas berusaha. apabila remaja remaja ini melihat ibu bapa mereka suka berhutang maka mereka akan beranggapan dengan berhutang segala masalah akan selesai. maka remaja remaja ini akan mengambil sikap malas berusaha untuk mencapai sesuatu. selain itu elemen kewangan ini juga merujuk kepada sikap boros yakni suka membazir. sikap boros ini yang akan membawa kepada sikap suka berhutang. sikap boros ini akan mempengaruhi akhlak remaja dimana mereka suka menghabiskan masa di pusat hiburan seperti karaoke, kelab malam, dan pusat permainan video.
FOOD
Food ini merujuk kepada makanan ringgan. kini produk makanan ringgan seperti gula gula, jajan, minuman tin, dan sebagainya memang mudah untuk didapati. persoalannya apakah kesan makanan ringgan ini kepada akhlak remaja pula? sebagai contoh tabiat remaja suka mengunyah gula gula getah iaitu chewing gum. kajian telah dibuat dimana kesan akibat terlalu banyak mengunyah gula gula getah ini akan mempengaruhi emosi seseorang individu dimana lebih kearah kemurungan, keganasan, dan sikap suka memberontak. sebenarnya kandungan yang terdapat didalam makanan ringgan ini akan memberi kesan jangka panjang kepada seseorang individu.
FUN
Fun merujuk kepada keseronokkan. hari ini kita dapat lihat remaja kita lebih sukakan aktiviti berbentuk hiburan seperti konsert, pertandingan, parti, dan sebagainya. memang tidak salah utk berhibur tetapi perlu ada batasannya. sekiranya sesuatu aktiviti itu tidak menghiraukan halal dan haram seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan maka ini akan menjerumus kepada gejala sosial seperti seks bebas. elemen keseronokkan ini juga menyebabkan remaja lalai tanpa memikirkan perkara yang lebih penting lagi.
Fashion
Fashion ini merujuk kepada fesyen. kini kita dapat melihat pelbagai jenis pakaian yang ada dipasaran samada hasil dalam negara atau diimport dari negara luar. persoalannya adakah pakaian pakaian tersebut mengikut unsur unsur Islam yakni menutup aurat? sebagai contoh kebanyakkan artis artis kita gemar memperagakan pakaian yang menjolok mata atau seksi samada melalui drama, filem, konsert, serta aktiviti harian artis artis tersebut dihalayak ramai. kesannya akan mempengaruhi remaja untuk meniru gaya artis pujaan mereka berpakaian. dari sudut lain pula kebanyakkan remaja gemar memakai seluar ketat seperti jeans. menjadi persoalan adalah ketika remaja itu solat. apabila sedang rukuk atau sujud ternampak bahagian punggung remaja tersebut. maka secara automatiknya solat remaja itu adalah tidak sah.
FILM
Filem ini lebih kurang sama dengan Screen merujuk kepada media seperti wayang, internet, dan televisyen. kebanyakkan filem filem barat ini membawa maksud tersirat jika dikaji secara mendalam. sebagai contoh filem "Bruce the Almighty" jika didefinisikan dalam bahasa melayu bermaksud "Bruce Maha Berkuasa". filem ini jika disalah tafsir akan mengoncang pegangan akidah masyarakat terutama remaja kerana jalan cerita merujuk kepada sesorang individu yang mendapat kuasa setaraf dengan tuhan. banyak lagi filem filem lain dari barat yg membawa mesej tersirat jika dikaji secara mendalam.
kesimpulannya elemen 5S dan 5F yang dicipta oleh golongan Yahudi dan Nasrani ini kini telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat kita. gaya hidup kita hari ini akan mempengaruhi gaya hidup remaja dimasa akan datang. jika mahu dikaji gaya hidup masyarakat dimasa akan datang maka harus dilihat pada akhlak remaja hari ini. sekian :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan