Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum


Hurmm.. Dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan.. Pejam celik pejam celik bulan Syaban akan meninggalkan kita dan di datangi pula bulan Ramadhan.. Maka dengan ini aku Udin ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung di blog Budak Logam ini.. Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua InsyaAllah.. Sama sama la kita berusaha untuk berlumba lumba membuat amalan di bulan Ramadhan ini..

Selamat Hari Lahir Blogger!!!

Assalamualaikum


Haa.. Hari ni dah masuk 31 Julai 2011.. Ada sapa sapa sambut birthday pada tarikh ni.. Hehehe.. Kalau ada aku nak ucapkan selamat hari lahir lah ye.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. InsyaAllah.. Especially kepada para blogger blogger.. Okay aku direct to the point terus la yer.. Entri ni aku buat khas kepada dua blogger ni..

Sabtu, 30 Julai 2011

Alhamdulillah.. Rezeki Allah Ada Dimana Mana..

Assalamualaikum


Urp! Kenyang! Alhamdulillah.. Hurmm.. Rezeki Allah ada dimana mana.. Rupa rupanya hari ni masjid kampung aku ada buat kenduri arwah.. Rezeki.. Rezeki.. Alhamdulillah.. Hari ni saja aku terlintas hati tadi nak pergi solat Isyak dekat masjid.. Yelah nak keluar lepak pon macam tak ada mood malam ni.. Saja latih diri rajin rajin pergi masjid.. Esok lusa dah nak masuk bulan Ramadhan kan.. Selalunya hari Jumaat aja baru nampak muka aku dekat masjid.. Huhuhu..

Best Sangat Ker Filem Sekali Lagi Ni?

Assalamualaikum


Huhu.. Best sangat ker filem Sekali Lagi? Errr.. Best ker? Hurmm.. Boleh la tahan.. Aku kasi dalam 3 bintang setengah macam tu la.. Baru aja tadi baru lepas layan filem ni.. Padahal dah berkurun orang layan cite ni udin oi.. Biasala aku jenis kurang minat sangat nak layan filem jenis jiwa dan perasaan ni.. Haa.. Habis tu yang pegi layan buat apa? Memandangkan hari ni boring tak tau buat apa.. Layan aja la apa apa koleksi filem dalam hardisk aku ni..

Jumaat, 29 Julai 2011

Bagaimanakah Gambaran Hari Kiamat?

Assalamualaikum


Sekadar renungan.. Sama sama la kita muhasabah diri.. Peringatan untuk diri aku juga.. Jom sama sama kita hayati artikel ni.. Bagaimanakah Gambaran Hari Kiamat? Sesungguhnya kejadian Hari Kiamat adalah pasti akan berlaku.. Sebagai umat Islam kita wajib mempercayainya kerana merupakan salah satu Rukun Iman.. Namun kita tidak dapat meramal bilakah Hari Kiamat ni akan berlaku.. Segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T.. Bersediakah kita sekiranya Hari Kiamat tiba kelak? Sudah cukup kah amalan kita? Aku copy paste artikel ni dari Sini..

Khamis, 28 Julai 2011

Kisah Berus Gigi Papa

Assalamualaikum




*** Awas entri ni sesuai dibaca oleh golongan umur 21 tahun ke atas sahaja..

Watak

Papa: Tak kisah sapa2 pon..
Mama: Sama juga tak kisah sapa2 pon..
Mimi: Adik Mia Sara (Wajib) <~~~ Comei betoi budak kecik ni..
Kak Nini: Tak kisah juga sapa2 pon.. yang pasti bukan warganegara Malaysia..

Tahniah Harimau Malaya!!! Kita Kalah Bermaruah!!!

Assalamualaikum


Hurmm.. Tamat juga akhirnya.. Keputusan Malaysia 1 Singapura 1.. Walaupun kecewa aku tetap ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya.. Sekurang kurangnya yang menjaringkan 1 goal tadi anak jati negara kita sendiri (Safee Sali).. Tahniah juga kepada penjaga goal (Khairul Fahmi) dengan sedaya upaya menangkis segala cubaan pemain import Singapura tadi.. Walaupun sayang dibolosi juga.. Tapi yang menjaringkan goal pon bukan anak jati Singapura kan? So takda apa yang nak di banggakan sangat.. Lain la kalau anak jati Singapura sendiri yang jaringkan goal tadi.. Hahaha.. Tambahan banyak lakonan aja tadi.. Sikit sikit injured.. Grrrrr

Selasa, 26 Julai 2011

Bir Halal Disah Halal

Assalamualaikum


Fuh! Alhamdulillah.. Akhirnya persoalan aku selama ni terjawab.. Haa.. Apa pulak ni? Macam ni.. Sebelum ni ada isu pasal bil halal tu kan.. Bil halal.. Tak tahu ke? Ala minuman campuran buah buahan yang perisa Malta, Barbican tu.. Tahukan.. Hurmm.. Bila timbul isu sama ada halal atau haram ni aku dah jadi lain macam.. Mau taknya masa lepak dekat kampus dulu.. Bil halal ni la antara feveret aku masa lepak lepak dengan member member.. Bila jadi isu hari tu.. Rasa tak best la kan dah pernah minum dulu.. Huhu..

Sabtu, 23 Julai 2011

MALAYSIA Masih Ada Peluang Untuk Kelayakan Piala Dunia 2014?

Assalamualaikum


Arghhhhh! Tekanan aku tengok bola tadi.. Rasa macam nak hampuk aja TV kat umah tu.. Grrrrr.. Aku tak tau la nak cakap apa.. Mungkin faktor padang kot.. Entah la.. Boleh terima ka alasan tu? Apa pandangan korang pasal match Malaysia lawan Singapura tadi?


Jumaat, 22 Julai 2011

Ikan Apa Paling Ganas Di Dunia?

Assalamualaikum




Salam semua.. Haa.. Agak agak korang la kan.. Dalam dunia ni ikan apa paling ganas? Ce teka.. Ce teka.. Ala teka la.. Ikan Jerung? Bukan? Habis tu ikan apa? Piranha? Betoi ka? Haa.. Dah dapat jawapan? Nak tau ka? 

Jom Kira BMI

Assalamualaikum


Salam semua.. Entri kali ni aku nak kongsi sikit berkaitan kesihatan.. Sebelum tu tahu tak apa itu BMI? Haa.. Kalau mengikut wikipedia "Sini" BMI ni merujuk kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Melayu kita diterjemahkan sebagai Jisim Indeks Tubuh (JIT).. Apa kepentingan BMI/JIT ni?


Menantu 'Naik Hantu' Tikam Bapa Mentua Sampai Mati

Assalamualaikum


Salam semua.. Huhuhu.. Lama betoi aku tak mengadap blog usang ni.. Entah sejak akhir akhir ni macam tak berapa ada mood sangat nak mengadap blog usang aku ni.. Ada sapa sapa rindu tak? Huhuhu.. Apa apapun aku akan cuba paling malas tahap gaban pun akan ada update jugak satu entri dalam seminggu.. Untuk permulaan entri kali ni sekadar nak kongsi artikel akbar..

Hurmm.. Boleh dikatakan ada saja kes pelik pelik berlaku sejak akhir akhir ni.. Macam muka depan akhbar Harian Metro hari ni.. Gara gara bengang sebab isteri tak mau balik rumah.. Seorang lelaki bertindak mengelar pinggang dan menikam bapa mentuanya sehingga mati.. Hanya kerana bapa mentuanya itu menghalang suspek bertemu dengan isterinya.. Gila betui..


Sabtu, 16 Julai 2011

Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Assalamualaikum


Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?


Pagi Pagi Dah Bikin Darah Aku Mendidih!

Assalamualaikum


Alahai.. Pagi pagi dah bikin mood aku spoil.. Mendidih darah aku tadi.. Sebelum itu aku bagitau awal awal entri ni agak emo sikit.. Sekadar luahan perasaan yang tengah membuak buak ni.. Kalau korang nak baca silakan.. Tak mau baca pon takpa.. Grrrrrr!

Khamis, 14 Julai 2011

Hukum Berkahwin Dengan Orang Yang Pernah Berzina?

Assalamualaikum


Hurmm.. Sambil baring atas katil sambil layan album Butterfingers, terlintas satu persoalan yang pernah ditanya oleh member aku masa dekat kampus dulu.. Lebih kurang macam ni la.. "Hangpa boleh terima tak kalau dah kawin nanti isteri hangpa buat pengakuan dia pernah berzina? Tapi dia dah bertaubat? Hangpa sanggup terima tak isteri hangpa tu?" Peh! Aku dengan member lain tersentap dengar soalan cepu emas member aku ni..

Jawapan aku senang aja, aku berpegang pada satu pernyataan ni.. "Orang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik, manakala yang sebaliknya akan dijodohkan dengan orang yang sama taraf dengan mereka" Tapi semua ni atas ketentuanNya bukan? Mungkin jika seseorang itu dijodohkan dengan seseorang seperti itu adalah satu ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang itu.. Tapi? Bolehkah kita terima jika kita dalam situasi sedemikian? Adakah kita sanggup lagi menerima si dia?

Maka sambil godek godek pasal isu ni aku jumpa satu artikel berkaitan hukum berkahwin dengan orang yang berzina ni..

Ahad, 10 Julai 2011

Itik Punya Hal Pun Mau Kasi Gaduh Ka?

Assalamualaikum


Alahai.. Macam macam ragam betul la manusia ni.. Dah nama pun manusia kan.. Mesti la banyak ragam betul tak.. Kan.. Kan.. Kan.. Ntah apa hapa la aku mengarut ni.. Grrrrr.. Pasal itik pun nak gaduh ka.. Aiyaa.. Kecik punya hal maa.. Haa.. Apa hal ni.. Itik? Gaduh? Nak tau ka?

Singgah blog aku sat , bleh ?

Assalamualaikum




Khamis, 7 Julai 2011

Berwaspada Dalam Melafazkan Ungkapan Nikah, Talak Dan Murtad

Assalamualaikum


Salam semua.. Kali ni nak kongsi pasal ceramah yang saya dengan masa dalam kereta nak pergi pasar malam petang tadi.. Banyak juga isu yang dibincangkan hari ni.. Tapi apa yang saya nak kongsi tentang perlunya kita berhati hati dalam melafazkan sesuatu ungkapan.. Lebih lebih lagi berkaitan dengan ungkapan Nikah, Talak dan juga Murtad.. Kadang kadang kita mungkin menganggap ungkapan yang diucapkan itu hanya sekadar jenaka atau suka suka.. Tapi secara tidak langsung memberi impak disebaliknya..

Halaman Facebook Anwar Ibrahim Kena Hack

Assalamualaikum


Hurmm.. Tak habis habis lagi isu godam mengodam ni.. Ala apa lagi Hack la.. Sebelum ni laman sesawang milik kerajaan di hack sekumpulan hacker yang dikenali "anonymous" kan.. Kali ni muncul pula kumpulan yang dinamakan Luvsec yang telah bertindak mengodam halaman rasmi milik Anwar Ibrahim.. Hurmm.. Macam macam.. Lepas ni apa pula agaknya..


Gambar dipetik dari amanz.my


Tip Jika Berlaku Gangguan Bekalan Elektrik

Assalamualaikum


Salam semua.. Fuh! Alhamdulillah ada juga letrik akhirnya.. Pagi tadi keluar breakfast dengan family.. Yelah hari ni Penang kan cuti.. Bila lagi nak lepak lepak dengan family kan.. Kalau tak masa malam aja baru dapat tengok muka.. Hurmm.. Balik aja rumah.. Alahai takda letrik.. Aiyaa.. rosak program beb.. Baru aja plan baik punya nak buat apa yang patut hari ni.. Sabor jelah kan..

Rabu, 6 Julai 2011

Apabila Golongan Wanita Menjadi Penarik Beca

Assalamualaikum


Salam semua.. Entri kali ni BL nak kongsi sikit info tentang kerjaya.. Sebelum tu BL nak tanya apa pendapat korang tentang Penarik Beca? Mesti ramai beranggapan pekerjaan seperti ni leceh, tak mendatangkan keuntungan, atau seseuai untuk golongan yang tidak berpendidikan tinggi bukan? Majoriti yang menjadi penarik beca ni sudah tentu golongan lelaki bukan? Tapi tahukah bahawa dengan hanya menjadi penarik beca boleh menjana pendapatan sebanyak RM 1000 sehari? Kini golongan wanita pula yang mula meneroka kerjaya sebagai penarik beca ni.. Kenapa? Tak percaya?


Selasa, 5 Julai 2011

Bilakah Kali Terakhir Kita Menitiskan Air Mata?

Assalamualaikum




Salam semua.. Haa, kali ni BL nak kongsi sedikit tentang "Menangis".. Semua pernah menangis bukan? Tipu la kalau tak pernah menangis kan.. Hurmm.. Adakah jika seseorang itu menangis menunjukkan seseorang itu lemah? Jawapannya tidak okay? Tangisan membawa pelbagai erti samaada tangisan kegembiraan, kesedihan, atau keinsafan.. Tahukah bahawa tangisan juga membawa erti kekuatan dan kehebatan? Tak percaya?

Isnin, 4 Julai 2011

Kucing Masih Lagi Hidup Walaupun Telah Ditembak 30 kali

Assalamualaikum


Subhanallah! Anda percaya atau tak bahawa seekor kucing mempunyai 9 nyawa? Sama ada anda percaya atau tidak menurut laporan akhbar Daily Mail, Seekor kucing di Britain masih lagi hidup walaupun telah ditembak sebanyak 30 kali. Dasyat bukan?

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum



["Jika anda bukan seorang blogger, apakah aktiviti yang sering anda lakukan sewaktu online?"]

Ahad, 3 Julai 2011

Kisah Pelajar, Pensyarah Dan Mayat

Assalamualaikum


Salam semua.. Kali ni nak kongsi satu kisah antara sekumpulan pelajar perubatan dan pensyarah.. Sekumpulan pelajar perubatan ni diminta berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

Ahli Arkeologi Telah Menjumpai Kapal Solar Firaun

Assalamualaikum


PEKERJA Mesir mengeluarkan satu bongkah batu daripada kawasan yang dipercayai tempat kapal solar Raja Khufu ditanam.


Kapal solar Firaun telah dijumpai oleh satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun baru baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.

Sabtu, 2 Julai 2011

Jom Terjah BN Youth Job Fair 2011 @ IKM Sungai Petani

Assalamualaikum




Selamat petang dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam.. Huhuhu.. Lama siot tak update blog usang ni.. Agak jarang online sangat kebelakangan ni.. Huhuhu.. Okay entry kali ni sekadar nak kongsi info tentang suatu pesta kerjaya iaitu BN Youth Job Fair yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM), Sungai Petani.. Job Fair ni diadakan kelmarin 1 Julai 2011 dan akan berakhir esok 3 Julai 2011.. Kalau ada yang masih mencari peluang pekerjaan, jom terjah BN Youth Job Fair ni.. Mana tau kot ada rezeki korang kan.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan.. Hehehe.. :D

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)