Jumaat, 22 Julai 2011

Menantu 'Naik Hantu' Tikam Bapa Mentua Sampai Mati

Assalamualaikum


Salam semua.. Huhuhu.. Lama betoi aku tak mengadap blog usang ni.. Entah sejak akhir akhir ni macam tak berapa ada mood sangat nak mengadap blog usang aku ni.. Ada sapa sapa rindu tak? Huhuhu.. Apa apapun aku akan cuba paling malas tahap gaban pun akan ada update jugak satu entri dalam seminggu.. Untuk permulaan entri kali ni sekadar nak kongsi artikel akbar..

Hurmm.. Boleh dikatakan ada saja kes pelik pelik berlaku sejak akhir akhir ni.. Macam muka depan akhbar Harian Metro hari ni.. Gara gara bengang sebab isteri tak mau balik rumah.. Seorang lelaki bertindak mengelar pinggang dan menikam bapa mentuanya sehingga mati.. Hanya kerana bapa mentuanya itu menghalang suspek bertemu dengan isterinya.. Gila betui..






LAHAD DATU: Berang kerana isteri yang ‘bersembunyi’ dua hari di rumah bapanya tidak mahu pulang, seorang lelaki mengelar pinggang dan menikam dada bapa mentuanya sehingga mati selepas mangsa menghalang suspek bertemu isterinya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Cenderawasih di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Sebelum kejadian, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah Sius Gradius, 39, bagi menjemput isterinya yang sudah dua hari meninggalkan rumah selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Bagaimanapun, dia dihalang bapa mentuanya menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga suspek mengambil pisau yang disembunyikan di belakang seluar dan menikam dada mangsa.


Suspek yang seolah-olah ‘naik hantu’ turut mengelar pinggang bapa mentuanya yang menggelupur kesakitan sebelum melarikan diri.


Sumber: myMetro


BL: Dalam kes melibatkan emosi ni memang macam macam boleh berlaku.. Yelah bila tahap tekanan dah memuncak memang dah tak ingat apa dah.. Masa tu nak main lepas aja ikut naluri hati.. Bila sedar baru nak menyesal atas tindakan yang telah dilakukan.. Masa tu memang tak berguna..

1 ulasan:

Aleen Aiden berkata...

pergh..gile ah..ngeri!Hu3

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)