Selasa, 28 Disember 2010

Demi Setitis Air


Assalamualaikum..



air oh air..
korang penah rase x mcm mane xde air??
perit dow bile xde air..
manyak menda jd tergendala..


nak basuh baju xbleh..
nak masak g..
mandi apatah g kn..
termasuk lh jugak time nk buang sisa2 dlm badan kn..huhu :(

teringat gua mase kat kampus dulu..
leh kata tiap2 bulan jer mesti da masalah air..
mmg huru hara jadinya time tu..
semua member gua dh bising2 nk balik kampung la.. apa la.. hurm..

bagi gua time xde air ni mcm satu pesta.. mmg kenangan time ni..
time petang je tercegat tepi koridor hostel tunggu lori bawa air datang..
sampai je lori air semua pakat serbu mcm jualan murah kat shopping complex..
mmg xde segan silu dh time tu.. wat selambe je mandi kat koridor bwh tu.. best ooo..

skang peristiwa ni berulang g..
tapi bukan kat kampus dh..
tapi kat umah gua..
sbb hari ni ada gangguan bekalan air.. huhu :(










Selasa, 28 Disember 2010


Gangguan bekalan air di Pulau Pinang 28 disember ini


GEORGE TOWN: Hampir 80 peratus kawasan di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air antara 12 dan 24 jam pada 28 Disember ini, melibatkan kira-kira 1.3 juta penduduk negeri itu.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir Jaseni Maidinsa berkata dua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam ialah Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, George Town, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam.
Katanya kawasan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terlibat dan akan menerima bekalan air seperti biasa.

"Gangguan yang melibatkan kira-kira 80 peratus penduduk negeri ini berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata gangguan bekalan air itu bermula pada jam 7 pagi, 28 Disember dan akan pulih sepenuhnya pada jam 7 malam di kebanyakan kawasan manakala kawasan yang mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam dijangka pulih pada jam 7 pagi, keesokannya.



"Kita perlu melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua yang merawat 80 peratus air untuk seluruh Pulau Pinang," katanya.

Jaseni berkata pada masa yang sama PBAPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik dan mekanikal berkala di Stesen Pam Bukit Dumbar dan juga penyambungan paip utama di Simpang Jalan Sungai Dua, Jalan Pekan Darat dan Jalan Bukit Tengah untuk projek landasan kereta api berkembar.

"Kita akan menurunkan kira-kira 300 pekerja pada hari berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan berkenaan," katanya.

Beliau berkata PBAPP merujuk kepada kerajaan negeri dan memaklumkan kepada pihak industri mengenai gangguan berkenaan.

Beliau turut menasihati penduduk Pulau Pinang supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 24 jam.

Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air itu dapat diperoleh menerusi
Pusat Panggilan 24-jam PBAPP di talian 04-5096509. -Bernama

8 ulasan:

Fiqah Alias berkata...

betol3...kalo takda air..mmg teruk laaa..fiqah time skolah2 dulu pon slalu sangat ad masalah air..perghh..3 ari tak mandi tuu..huu~

Udin berkata...

huhuhu..3 ari tu..cian :D

misSbLurRy berkata...

atleast dia g tau..nie aku x gtau....
pergg.....dengan x simpan air..slumber badak aku basuh baju...
tangki pon kering

Udin berkata...

hahaha..nasib2 menda nk jadi mana nk taw kn.. :D

Iznie berkata...

huhu..betul3!! susah owh kalau takde air...
tak mandi tak pe lagi...tapi kalau sampai dahaga tak de air...mau mati wooo....

p/s : ari tu nak solat tapi takde air, lagi sengsara dowh.....dah ler kat malaysia debu kotor2 je...hohoho

NUR SYAMILAH BINTI RASHID berkata...

sabo jelah yer.hehe:)

Udin berkata...

@Iznie

debu asap keta manyak sgt..hahaha! :D

Udin berkata...

@cg_mila

huhuhu..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)