Sabtu, 30 Julai 2011

Alhamdulillah.. Rezeki Allah Ada Dimana Mana..

Assalamualaikum


Urp! Kenyang! Alhamdulillah.. Hurmm.. Rezeki Allah ada dimana mana.. Rupa rupanya hari ni masjid kampung aku ada buat kenduri arwah.. Rezeki.. Rezeki.. Alhamdulillah.. Hari ni saja aku terlintas hati tadi nak pergi solat Isyak dekat masjid.. Yelah nak keluar lepak pon macam tak ada mood malam ni.. Saja latih diri rajin rajin pergi masjid.. Esok lusa dah nak masuk bulan Ramadhan kan.. Selalunya hari Jumaat aja baru nampak muka aku dekat masjid.. Huhuhu..


Lepas selesai aja solat tadi.. Masa aku dah nak angkat kaki nak balik.. Aku tengok orang masjid berduyun duyun ke arah dewan makan.. Aku apa lagi.. Bawa diri juga la tengok apa cerita.. Ohh.. Rupa rupanya ada kenduri arwah malam ni.. Hurmmm.. Ni la dinamakan rezeki kan.. Dah tuan rumah jemput.. Apa lagi.. Rezeki jangan ditolak.. Musuh jangan dicari kan? Hehehe..

Rezeki.. Rezeki.. Kenduri tadi diorang jamu lauk gulai udang.. Bawal goreng.. Bubur kacang.. Dan juga Kopi O panas.. Peh! Kenyang.. Terima kasih la tuan rumah.. Siap jemput tauke restoren ikan bawal goreng sponser untuk kenduri tadi.. Kalau selaunya sekor dalam 5 ringit macam tu juga la.. Peh! Alhamdulillah.. Malam ni dapat free aja.. Hehehe..

Okay.. Aku buat entri ni bukan nak kata aku tunjuk baik pergi masjid ka.. Aku pun jenis baloq jarang pergi masjid juga.. Selalunya hari Jumaat aja baru nampak muka.. Tapi apa yang aku nak sampaikan dalam entri ni ialah rezeki Allah S.W.T. tu tak diduga.. Begitu pemurah Dia mencurahkan rezeki kepada mahhluk makhluk di alam cakerawala ni.. Macam tadi.. Aku pun tak sangka ada kenduri malam ni.. Siap sponser ikan bawal gorang lagi tu.. Ni la dikatakan rezeki Allah itu ada dimana mana.. Alhamdulillah.. Syukur..

1 ulasan:

Sunah Sakura berkata...

alhamdulillah.... tak sabar nak berbuka kat masjid pulak...

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)