Khamis, 14 April 2011

Biar Betul? Macam Tak Percaya Pula Aku..

Assalamualaikum


haa.. macam tak percaya pula aku dengar berita dari member aku sorang ni.. tadi aku saja pergi lepak dekat restoren member aku ni.. boleh kata seminggu sekali mesti aku la antara pelanggan utama diorang.. tu pon kalau tahap malas masak la kan.. selalunya kalau rajin aku buat megi aja.. hehehe.. hari ni baru nampak batang hidung member aku ni..


sebelum ni dia kerja dekat Kulim.. memang jarang la nak jumpa.. sebab dia sewa rumah dekat sana.. tapi entah macam mana boleh ada pula batang hidung dia hari ni.. rupa rupanya baru aku tau dia baru aja kena berhenti kerja.. huhu.. kesian juga.. susah betul kan zaman sekarang ni.. yang tiada kerja pakat berduyun duyun mencari.. tolak tepi la yang jenis memilih tu.. yang dah ada kerja pula kena berhenti.. biasa la firma swasta kan.. ekonomi baik okay la.. tapi bila dah jatuh.. pekerja dia juga yang sakit..

tapi bukan hal ini yang hendak aku kongsi dengan korang.. berita yang aku tidak percaya ni.. sebab member aku bakal kahwin awal bulan Jun ni.. peh! macam tak percaya pula.. dalam ramai ramai kami.. dia paling awal yang bakal tamatkan zaman bujang.. yang buat aku tidak percaya tu bukan apa.. yelah member aku ni kan masih menganggur lagi.. boleh pula mak ayah dia bagi kahwin.. memang aku tabik la mak ayah member aku ni.. kalau mak ayah aku.. selagi diri sendiri pun tidak boleh tanggung.. jangan harap la nak bagi kahwin.. huhu.. tapi mana tahu kan.. kadang kadang rezeki mencurah curah bila dah kawin ni.. kata orang la kan.. bukan kata aku.. hehe..

hurm.. tapi takpa la kan.. rezeki dia.. member aku ni anak tauke restoren dekat kampung aku.. paling cikai pon boleh take over bisnes bapa dia.. tu pun kalau dia nak la kan.. kalau macam aku.. kena bagi stabil status ekonomi dulu la.. baru fikir pasal hal kahwin ni.. sekarang apa yang ada dalam kepala otak aku.. macam mana nak kasi naik ekonomi.. bila la nak boleh dapat kerja tetap.. penat juga kerja cari orang ni.. huhu.. pasrah aja lah.. apa apa pun aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.. kalau ada rezeki.. insha'Allah.. tidak kemana kan..

8 ulasan:

Mek Onie berkata...

member meaw pon dah ada yang kawen even sem pon tak abis lagi,classmate meaw, memang respek dengan keputusan dia .....
papepon,kita mampu berdoa untuk kebahagian mereka ^_^

Udin berkata...

@meaw

betul tu cik meaw.. smoga diorang bahgia.. lagi pun tak elok dilengah2 kan menda baik.. hehe.. :D

Unknown berkata...

kalu nk kawin tapi x de duit manja rasa x payah la kut. buat seksa anak dara org ja. kalu jodoh x leh nak kata ape tapi try la cari alternative untuk bekerja :)

Udin berkata...

@manja

ye.. sy setuju pendapat cik manja tu.. sepatutnya mcm tu la kan.. tapi kdg2 kita tak tahu rezeki org mcm mana.. mungkin lepas kahwin.. baru menjadi.. mana tahu kan.. but better kalau status dah betul2 stabil baru kahwin.. bukan apa takut jadi hal dikemudian hari.. time tu haru biru beb.. apa2 pon sy doa kan supaya member sy ni bahgia.. hehe.. ;)

Nazrul Ashraff berkata...

kawen! haha.. it's depends on people sbenarnya..klo dorg rasa, ok.. then they should marry :)

Udin berkata...

@mr vampire

yeah! that's right.. kalau rasa patut kawen.. segerakan.. lagipun menda baik.. kang jadi buah mulut orang pula.. dok usung anak orang kesana kemari kan.. disamping utk elak maksiat drpd berlaku..

Tanpa Nama berkata...

yup btoi tu lau ada rezeki x kemana..tertarik ngan ssh nk dpt kerja skrg..mmg terseksa sngt..sy dh rse tu..:(

Udin berkata...

@senydream

urm.. zmn sekarang ni xleh memilih.. apa peluang yg ada amik.. koman2 pun sebagai pengalaman..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)