Selasa, 12 April 2011

Wanita Upah Samseng Belasah Menantu

Assalamualaikum


macam filem antara 2 darjat pula bila baca keratan akhbar hari ini.. seorang wanita dalam lingkungan 50-an sanggup bertindak mengupah sekumpulan tiga samseng bagi membelasah menantunya gara-gara tidak merestui perkahwinan pasangan berkenaan..







KUALA LUMPUR: Kerana mementingkan darjat seorang wanita berusia 50-an didakwa sanggup mengupah sekumpulan tiga samseng bagi membelasah menantunya di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih kejam, wanita terbabit turut mengarahkan kumpulan samseng itu untuk memaksa lelaki berkenaan berusia lewat 20-an supaya menceraikan isteri yang juga anak kandungnya berusia awal 20-an.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan wanita terbabit kerana tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan berkenaan sejak enam bulan lalu kerana hanya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di ibu kota dan tidak mampu memberikan kemewahan kepada anaknya itu, selain tidak setaraf dengannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa cedera pada kepala dan badan selepas dibelasah lebih 30 minit.


Tidak berpuas hati dengan tindakan itu selain yakin ibu mentuanya menjadi dalang insiden terbabit, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang menaiki motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja mendakwa tiba-tiba dihalang sebuah kereta.

“Selepas itu, tiga lelaki masing-masing berusia lewat 30-an turun daripada kenderaan itu sebelum mengarahkannya menceraikan isterinya.

“Tersentak dengan itu, mangsa mempersoalkan tindakan kumpulan terbabit sebelum cuba untuk meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, tindakan mangsa menyebabkan seorang daripada suspek memaki-hamunnya menyebabkan berlaku pertengkaran lebih 10 minit di kawasan berkenaan.

“Pertengkaran itu yang tidak menemui penghujungnya bertukar pergelutan apabila seorang daripada suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum menumbuk muka mangsa.

“Mangsa yang terjatuh mendakwa bukan saja ditendang, malah turut dipijak ketiga-tiga suspek. Ketika itu, mangsa hanya menahan kesakitan dengan menutup kepalanya menggunakan tangan,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas membelasah mangsa lebih 30 minit, seorang daripada suspek mengarahkan mangsa menceraikan isterinya selain mengugut untuk membelasahnya jika enggan berbuat demikian.

Mangsa yang sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak wanita terbabit sejak enam bulan lalu mendapatkan rawatan di sebuah hospital berhampiran kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Sebaik pulang ke rumah dan berbincang dengan isteri serta ahli keluarga lain, mangsa tampil membuat laporan insiden itu kerana yakin ibu mentuanya menjadi dalang.

Difahamkan, ibu mentua mangsa tidak merestui hubungan perkahwinan itu sebaliknya terpaksa bersetuju untuk melangsungkan majlis berkenaan kerana didesak anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.



sumber: myMetro

10 ulasan:

Unknown berkata...

ape punya mak la...doakan la menantu cepat kaya ke..ish2.. sedih betol la.. kesian3..

faraherda.razalan berkata...

semoga saya jauh dr perangai buruk mcm tu!

hoyahadis berkata...

huh..ada jugak mak macam ni..

Udin berkata...

@saya YANA

huhu~ tu la pasal.. macam2 sgt kes la ni..

Udin berkata...

@Mommy Fara

insha'Allah..

Udin berkata...

@hoyahadis

huhu.. betul2..

Unknown berkata...

apa punya mak mertua. kejam tapi kalu nak kawin dinasihatkan dapat restu keluarga, kalu x mcm nie la jadinye huhu

Your eyes are too precious

Udin berkata...

@manja

betul2.. sepatutnya dari awal kena bincang elok2 kan.. ni bila dah kawen baru nak kecoh x restu la.. itu lah.. ini lah.. hurm..

red berkata...

gangster giler... huhuhu

Udin berkata...

@red

takut wooo kalau dpt mak mentua mcm ni.. mintak simpang la..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)