Isnin, 4 April 2011

Budak 7 Tahun Di Pukul Hingga Meninggal Dunia

Assalamualaikum


kejam.. kejam.. sedih bila membaca keratan akhbar hari ini.. apa salah seorang budak yang berumur 7 tahun sehingga diperlakukan sedemikian rupa.. cuba bayangkan jika hal ini berlaku kepada adik kita atau anak kita sendiri.. bagaimana?





KANGAR: Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital adalah individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz itu menelefonnya sendiri pada 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya, Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.

"Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya," katanya kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini.
Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam.

Mohd Zamri berkata, beliau melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya.

Bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu.
Mohd Zamri menyifatkan anak angkatnya itu sebagai seorang yang pendiam, agak aktif serta keras hati namun tidak pernah mengabaikan solat serta berkebolehan membaca al-Quran.

Beliau memelihara Saiful Syazani sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun setelah ibunya meninggal dunia pada 2006.

Sementara itu, pergerakan Wanita UMNO Perlis mahu Kementerian Pelajaran memantau kegiatan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Ketuanya, Rela Ahmad yang mengetuai 30 anggota pergerakan itu dan Puteri UMNO Perlis menziarahi keluarga Mohd Zamri berkata kepada pemberita kebanyakan SAR yang tidak berdaftar dengan kementerian mempunyai kurikulum sendiri dan melantik guru yang tidak bertauliah.

Beliau mengesyorkan supaya sekolah persendirian di Jejawi itu ditutup serta merta jika tidak mengikut kurikulum pendidikan arus perdana dan dikendalikan oleh guru-guru tidak bertauliah. - BERNAMA



7 ulasan:

feyza berkata...

kjam nyaa..~

Hajar Hasan berkata...

ada dengar berita pasal ni. sedih. kasihan. baru umur 7 tahun. innalillahiwainnailaihirraji'un...

H Y D E berkata...

ish3... teruknya. manusia ke hapa ni..

Udin berkata...

@Pijahh' de-Arr

kejam2.. mmg kejam.. padahal bdk kecik ja pon.. agak2 la kan.. dah la status ustaz.. buat malu ja.. haish!

Udin berkata...

@HAJAR hasan

huhu~ mari kita sedekahkan Al-Fatihah utk bdk ni..

Udin berkata...

@H Y D E

ntah la bro.. nak kata tak berpelajaran.. status ustaz.. tapi.. hurm.. ntahla.. skang ni byk sgt kes2 pelik..

Unknown berkata...

biasanya org yg jenis mcm ni mempunyai kuasa dalam tangan sendiri konon2 dia "ustaz" kuasa dlm tangan, gunakanlh kuasamu itu ke jln allah bkn menghukum sendiri atau mengikut hati, anak saya telah di dera oleh saorg ustaz di sek ugama nya hingga terbit darah org mcm ni hantar kan dia ke sekolah pendalaman saja biar dia berkawan dgn binatang.... kurang ajar.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)