Rabu, 13 April 2011

'Usop Wilcha' Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan

Assalamualaikum


Shy8 dalam watak Hantu Kak Limah Balik Rumah


PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.


Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.

“Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.


Shy8 atau Syed Mohamad Asri menengur individu yang dikatakan mengambil kesempatan terhadapnya.


Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan.

“Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang.

“Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.

Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan.

Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan.

“Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.

Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.

“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.


sumber: mStar Online

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

better dia wat sendiri jer fan page tu senang kan..xperlu nak mntak izin jadi admin....klu dh popular, wat fa page baru pn org akan LIKE.

Bunga berkata...

mmg dah femes sangat tu..sampai ada yang ambil kesempatan..

Cik Pulau berkata...

bila dah terkenal tu..
macam2 hal lah yang timbul..
dah lumrah alam kot..lalala~

Udin berkata...

@mr.ix

hurm.. betul2.. biasa la bila dah femes ni.. macam2 la punya dok mai.. kena pandai2 la nak survive..

Udin berkata...

@bunga

huhu.. tu la pasal.. bila dah naik.. macam2 la punya dok mai..

Udin berkata...

@cik pulau

yup.. sokong.. dah lumrah alam.. kena pandai2 la bawa diri kan..

Tanpa Nama berkata...

mcm2 la diorang ni..ermm..dunia2..

Udin berkata...

@senydream

huhu.. tu la pasal.. mcm2..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)