Khamis, 25 Ogos 2011

Jason Momoa Bawa Watak Conan The Barbarian?

Assalamualaikum


Haa.. Anda peminat filem Hollywood? Kenal tak Jason Momoa? Tak kenal? Ya mungkin nama Jason Momoa masih belum dikenali di Hollywood.. Sama seperti Arnold Schwarzenegger ketika dia mula memegang watak utama dalam filem Conan the Barbarian pada tahun 1982 dahulu.. Sapa tak kenalkan pelakon yang femes dengan filem terminator ni.. Hehehe.. Kemungkinan Jason Momoa juga bakal mengecapi kegemilangan sama seperti yang dikecapi Schwarzenegger mulai 30 tahun dari sekarang.. Peh! Lama lagi tu..



LOS ANGELES 23 Ogos - Jason Momoa mungkin satu nama yang belum dikenali di Hollywood, sama seperti Arnold Schwarzenegger ketika dia mula memegang watak utama dalam filem Conan The Barbarian pada 1982.

Mungkin 30 tahun dari sekarang, Momoa mampu mengecapi kegemilangan sama seperti yang dikecapi oleh Schwarzenegger, jika peminat filem terpikat dengannya sebagai Conan The Barbarian yang baru dan dalam bentuk 3D yang akan mula ditayangkan pada Jumaat ini.

"Conan akan memberikan saya status sebagai seorang bintang.

"Ia akan meletakkan saya sebagai antara pelakon lelaki utama di Hollywood," kata Momoa tentang harapannya terhadap filem terbaru tersebut.

Berdasarkan buku fiksyen yang ditulis oleh Robert E. Howard, filem 'kelahiran semula' Conan bermula dengan memaparkan kehidupan orang kasar itu ketika masih muda dan dia menyaksikan kampungnya terbakar serta bapanya meninggal dunia di depan matanya.

Apabila dewasa, Conan memulakan misi menuntut bela yang kemudian bertukar menjadi pertempuran epik bagi menyelamatkan seluruh dunia daripada kuasa jahat.

Tidak seperti Schwarzenegger yang pada usia 35 tahun menjadi juara bina badan dan masih baru di Hollywood ketika membawa watak Conan, Momoa, 32, mempunyai pengalaman selama 12 tahun berlakon.

Namun, Momoa hanya dikenali oleh segelintir peminatnya termasuk pengikut setia siri drama HBO, Games Of Thrones.

Momoa yang mempunyai ketinggian 1.9 meter dan badan berotot serta wajahnya yang eksotik membuatkan dia pilihan terbaik untuk membawa watak Conan. - Reuters


Haa.. Ni la dia Jason Momoa.. Hehehe.. ;) - Gambar dipetik dari Google

3 ulasan:

Sunah Sakura berkata...

aiyakk..tak tengok cite ni..huhyu

Cik Pulau berkata...

tak kenal pnnnnnnnnnnnn,,

Bunga berkata...

ooo..:)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)