Ahad, 21 Ogos 2011

Perkataan Woot! Disenaraikan Dalam Kamus Oxford?

Assalamualaikum


Salam semua.. Korang rajin tak gunakan kamus sebagai sumber untuk merujuk apa apa perkataan yang tak paham? Pernah tak? Pernah tak? Haa.. Ka tak kisah langsung? Hehehe.. Jangan marah.. Sekadar nak berkongsi bahawa sebanyak 400 perkataan baru akan disenarakan dalam kamus Oxford edisi ringkas ke-12.. Biar betul? Haa.. Memang betul.. Antara perkataan baru yang disenaraikan termasuklah 'Woot!'. Perkataan 'Woot!' ini merupakan perkataan yang melahirkan kegembiraan. Betul ker? Ce cuba sebut tengok.. Woot! Woot! Gembira tak? Hehehe.. Macam pernah dengarkan?


LONDON 20 Ogos - Sebanyak 400 perkataan termasuk Woot!, perkataan yang melahirkan kegembiraan dalam talian, disenaraikan sebagai perkataan baru dalam kamus Bahasa Inggeris Oxford Edisi Ringkas ke-12.

Selain itu, perkataan textspeak (ucapan teks), sexting (SMS berbaur seks) dan cyberbullying (pembulian siber) turut dimasukkan sebagai perkataan baru dalam kamus tersebut.

Pengarang kamus itu, Angus Stevenson mendedahkan perkataan-perkataan baru itu dalam laman blog baru-baru ini.

Berbanding Kamus Bahasa Inggeris Oxford biasa, edisi ringkas berkenaan diterbitkan untuk memasukkan terma moden dan slanga.

Edisi pertama kamus ringkas itu pada 1911 memasukkan perkataan seperti aeroplane (kapal terbang) dan motorist (pemandu kenderaan berenjin). - AGENSI

9 ulasan:

fRaMe+LenSeS berkata...

wowww.. nice info bro.

Luqman Zakaria berkata...

haha! aku pon woot woot arini!hehe

Tanpa Nama berkata...

woot!..woot..:)

Bunga berkata...

ooo..nice2..:)

Qaseh Dalia berkata...

dah lama tak tengok kamuss

Cik Pulau berkata...

woot2.

teringat blog iniwootwoot.com

hehehe

Ain Atika Zailani berkata...

hehehhe yeke? patut lah kite selalu cakap woot woot..tapi tak tahu maksud tapi sekarang dah tau..hehehhe woot woot!!

Aleen Aiden berkata...

ha3,xley blah btul.woot pon masuk kamus ha..

Tanpa Nama berkata...

haha . nice info ! WOOT WOOT ! saya WOOT WOOT rini sebab udin follow saya . thanks ! u`re followed too !

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)