Selasa, 19 April 2011

Parti Siswi Seksi

Assalamualaikum




MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’


Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam.


BUKTI...Mohd Yusof menunjukkan kain yang digantung bagi menarik perhatian pelajar IPT.


sumber: myMetro

8 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

pelik betul sekarang ni

Tanpa Nama berkata...

adoi ao....mcm2 lah skng nie...nasib baik tak de parti pakai baju kurung..kalau tak rosak....

hana berkata...

er..
sp manusia yg bertanggungjawab yg saje je merosakkn plajar..
ish2...

Udin berkata...

@Sharinginfoz

tu la.. mcm2 sgt la nih..

Udin berkata...

@nikaviolet

haa.. kalau ada yg jenis mcm tu lagi haru biru kot.. haha!

Udin berkata...

@hana

hurm.. skang ni pun dah mcm2 kes.. tambah dgn menda2 mcm ni.. lagi haru biru la jadinya..

fRaMe+LenSeS berkata...

jum p serbu.. heheh. :P macam2 aih la ni.. takut aku..

Udin berkata...

@fRaMe+LenSeS

haha.. mcm2 punya dok ada.. haru biru semua.. :P

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)