Rabu, 27 April 2011

Guru Didenda RM2,000 Belasah Guru Besar

Assalamualaikum


alahai.. tak habis habis dengan kes berkaitan guru.. apa dah jadi dengan guru guru kebelakangan ini? banyak sangat kes.. kes cabul pelajar la.. pukul pelajar.. kali ini kes seorang guru dijatuhkan hukuman denda RM 2.000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.. punca akibat tindakan guru tersebut menumbuk muka guru besar sekolah tempat dia mengajar..



Guru Didenda RM2,000 Tumbuk Guru Besar

Seorang guru dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, selepas didapati bersalah mencederakan guru besar sekolah tempat dia mengajar lebih empat tahun lalu.

Majistret Nor Azah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Norazman Abdul Wahab, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Norazman, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha Halim Saad, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis, Jalan Langgar, Alor Setar pada kira-kira jam 8.35 pagi 20 Disember 2006.

Dalam rayuannya Norazman meminta mahkamah meringankan hukuman kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008, manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah menengah.

Timbalan pendakwa raya, Ana Rozana Mohd Nor meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh yang merupakan pendidik supaya menjadi contoh kepada penjawat awam lain.

Peguambela Norazaman, G. Ravishankar tidak hadir dan beliau diwakili peguam Pyara Singh a/l Dara Singh.

Norazman kemudian membayar denda itu.

- Bernama


sumber: Malaysiakini


BL: mengapa guru tersebut sanggup bertindak sedemikian rupa? sepatutnya guru menjadi contoh kepada pelajar.. persoalannya mengapa kebelakangan ini banyak sangat kes melibatkan guru? hurm..

3 ulasan:

shafinaz (: berkata...

Para guru nak mengganas . huyyoo

Udin berkata...

@shafinaz

haha..

Tanpa Nama berkata...

lihat kat tarikh kejadian tu berlaku waktu cuti sekolah kan. mengapa ye?

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)