Isnin, 25 April 2011

Tip Mengenali Wanita Single

Assalamualaikum


haa.. entry ini amat bersesuaian kepada jejaka diluar sana yang masih single dan tercari cari pasangan hidup.. tidak dinafikan kadang kadang agak sukar untuk mencari pasangan hidup yang sesuai.. namun persoalannya bagaimana untuk kita tahu sama ada seseorang wanita itu masih lagi single atau telah berpunya.. maka BL hendak kongsi sedikit tip kepada anda berkaitan ciri ciri wanita yang masih single.. mungkin tip ini tidak terbukti secara keseluruhan.. namun sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengenali ciri ciri wanita yang masih single.. hehehe..



ciri ciri wanita single :

memandang penuh “liar”

terdapat perbezaaan antara wanita yang masih solo dengan wanita yang sudah memiliki pasangan iaitu melalui pandangan matanya.. sekiranya anda melihat wanita, matanya meliar melihat sekeliling, sebenarnya dia sedang mencari pasangan yang sesuai.. kalau anda bernasib baik, dia akan memandang anda.. jadi, cuba balas pandangannya, mungkin dia akan terhenti di situ.. bagi wanita yang memiliki pasangan pula, biasanya semasa mereka berada di dalam kumpulan, mereka tidak menunjukkan minat untuk mengenali mana mana lelaki dan bersikap acuh tak acuh.. hehehe..

tersenyum ketika bersemuka dengan anda

bila mata bertemu mata, pandangannya tepat ke mata anda.. dengan perasaan malu, dia mengukir senyuman kepada anda.. bukan senang untuk wanita memberikan senyuman kepada lelaki yang tidak di kenalinya.. lainlah jika dia cuba mengenali seseorang lelaki itu.. sekiranya dia tersenyum dan memandang anda tidak berhenti, bermaksud dia mahu mengenali anda.. kesempatan inilah yang perlu anda ambil.. hehehe..

senang bercakap dengan setiap lelaki

wanita yang masih belum berpunya biasanya akan berbual dengan ramai lelaki.. sekiranya anda melihat dia bercakap dengan mana mana lelaki, sebenarnya ini menunjukkan wanita itu jenis yang terbuka dan senang di ajak berbual.. mungkin juga mereka ini bukan jenis yang banyak bercakap tetapi mereka cuba mendekati dan mengenali seseorang lelaki untuk dijadikan pasangan.. apa tunggu lagi, inilah isyarat untuk anda cuba mendekati dan mengenali dirinya dengan lebih lanjut.. hehehe..

cemburu melihat pasangan lain

sekiranya anda melihat seseorang wanita memerhatikan pasangan lain dengan riak wajah yang sugul, bermaksud dia juga berharap untuk mempunyai pasangan suatu hari nanti.. dia cemburu melihat orang lain sedang berbahagia dan bergembira.. jadi, saat inilah peluang anda untuk menghampiri dan berkenalan dengannya.. mana tahu, jodoh anda dengan dia.. paling penting anda perlu cuba untuk mengenalinya.. hehehe..


okay, cukup la sekadar empat tip ini.. semoga tip ini dapat membantu untuk mengenali wanita idaman anda kelak.. hehehe.. 


sumber: Gempak.Org

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SETUJU ! cz kawan2 saya ada gak yg camni time gi hag-out, ish ! teruk betul.. :D

Udin berkata...

@missdora

owh.. kira terbukti eh??? hehehe.. ;)

ainihussin berkata...

errmmmmmm. no komen! *macam artis x?* haha~

Tanpa Nama berkata...

btol memang btol..
tapi skrg girl yg da berpunye pn gatal nak carik boy lain..
an2 ???
ney ape yang aieda perhati la..

Udin berkata...

@ainihussin

peh! artis dtg la.. mintak sign.. hehehe.. ;)

Udin berkata...

@Sis Aieda

urmmm.. macam2 ragam manusia ni.. boy ker.. gurl ker sama aja.. tapi tak semua la kann.. hehe.. ;)

Tanpa Nama berkata...

senyum kan sedekah....ekeke.....

Udin berkata...

@NURUL NADIAH MAMAT

hehehe.. ;)

Wanita Bertudung Hitam berkata...

macam tak betul je..hehe opss lmbt komen,just stopping by..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)