Isnin, 14 Februari 2011

Kemaruk Beristeri 4

Assalamualaikum




alahai.. gara gara kemaruk sangat nak beristeri 4.. seorang suami sanggup membelasah isteri pertama serta anak anaknya sehingga salah seorang anaknya mengalami kecacatan otak.. hurm.. apa nak jadi huh? agak agak la kan.. kalau kemaruk sangat pon.. tak kan bertindak sampai macam tu sekali.. mana akal fikiran yg diberi..









Belasah Anak Hingga Cacat




KUALA KUBU BARU: Berang perancangannya untuk menambah isteri keempat gagal, seorang lelaki melepaskan kemarahannya dengan membelasah isteri pertama dan empat anaknya sehingga seorang daripada mereka mengalami kecacatan kekal.

Lelaki terbabit yang berusia lewat 30-an menjadikan lima tanggungannya itu sebagai mangsa selepas tahu isteri pertamanya membocorkan rahsia kepada calon isteri keempat mengenai statusnya yang memiliki tiga isteri.
Isteri pertama lelaki itu yang hanya mahu dikenal sebagai Ayu, 34, berkata kejadian itu berlaku berulang kali sejak 2006 sehingga mereka tidak sanggup menanggung penderitaan.

“Saya berkahwin dengannya pada 1996 dan pada 2000 saya dimadukan sebelum madu saya bertambah seorang lagi pada 2004. Dua tahun kemudian, saya dapat tahu suami saya nak tambah seorang lagi isteri.

“Saya dapat berhubungan dengan calon madu keempat saya itu. Jadi, saya maklumkan kepadanya suami sudah ada tiga isteri. Gadis itu terkejut dan batalkan hasrat untuk berkahwin dengan suami saya,” katanya.

Ayu berkata, kejadian itu menyebabkan suaminya marah dan mula bertindak ganas terhadapnya serta empat anak mereka, hanya anak bongsunya yang terselamat daripada menjadi mangsa.

“Saya sering ditumbuk, ditendang dan dipijak. Lebih teruk, pada hujung tahun lalu saya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pengsan akibat dipukul suami.

“Di kalangan anak-anak pula, anak sulung saya (lelaki) paling teruk kena belasah. Pada 2006, ketika usianya lapan tahun kepalanya mengalami gegaran selepas dihentak dengan topi keledar. Akibatnya, dia menjadi kanak-kanak lembam dan keadaan itu kekal sampai sekarang,” katanya.

Menurut Ayu, anak perempuan kedua dan anak perempuan keempat pula yang masing-masing kini berusia 10 dan tujuh tahun selalu berbirat seluruh badan akibat disebat dengan tali pinggang dengan kejadian terbaru berlaku di rumah mereka di Subang Jaya, kira-hujung tahun lalu.

“Hanya anak perempuan bongsu berusia tiga tahun saja terselamat daripada kekejaman suami walaupun ada cubaan untuk menderanya,” katanya.

Ayu berkata, dia beberapa kali lari daripada suaminya dengan kali pertama pada 2006 dan berikutnya pada 2008, namun kembali semula akibat terpedaya pujukan serta helah licik suaminya.

“Ketika kali pertama saya meninggalkan dia bersama anak-anak pada 2006, suami menipu saya dengan mengatakan anak sulung kami sudah meninggal dunia kerana terlalu rindukan saya.

“Malah, dia juga membawa saya ke kubur kononnya anak kami dikebumikan. Selepas saya kembali ke pangkuannya, baru saya tahu dia hantar anak saya ke rumah anak yatim selepas membelasahnya dengan teruk,” kata Ayu.

Ayu berkata, suaminya yang tidak bekerja berkahwin tiga dan sebelum ini dia merelakan perbuatan lelaki terbabit kerana yakin suaminya berlaku adil.

“Bukan saya dan anak-anak saja selalu dibelasah, tapi isteri kedua dan ketiga berusia 20-an turut menjadi mangsa. Setahu saya isteri keduanya juga sudah meninggalkannya,” katanya yang kini membawa kelima-lima anaknya tinggal berasingan kerana sudah tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

Selain itu, Ayu membuat laporan polis untuk memastikan suaminya tidak mengganggu dia anak-anaknya.

“Biarpun saya dan anak-anak kini berlindung dengan ahli keluarga, suami masih datang memaksa kami pulang ke rumah. Kami sudah memaafkannya, namun cukup penderitaan yang kami tanggung selama ini.

“Saya berharap dia bagi peluang saya dan anak-anak memulakan hidup baru,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan Ayu.

Sementara itu, aktivis Persatuan Pelindung Pengguna Islam Selangor, Abdul Aziz Ismail, berkata pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat kepada Ayu berhubung krisis dihadapinya dan berharap ia diselesaikan secepat mungkin.

“Lebih penting ialah mereka sekeluarga terutama anak-anaknya dapat menikmati hidup seperti orang lain. Mungkin juga anaknya yang pernah melihat ibu mereka dipukul perlu menjalani sesi kaunseling bagi menghilangkan trauma yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu,” katanya.




KESAL...Ayu menunjukkan laporan polis dibuatnya dan gambar anggota badan anak yang cedera.




sumber: myMetro




p/s: hurm.. bila nafsu menguasai akal fikiran.. beginilah jadinya..

15 ulasan:

Luqman Zakaria berkata...

hadoiiii..macam nih pon ada ke!

cek chun berkata...

tu namanya akai letak kat pala lutut

Sesopie berkata...

teruk betul laa.. Nak beristeri banyak jangan laa sampai cederakan orang lain..hurm

Bunga berkata...

dunia-dunia..

entah la..lau bunga berada ditempatnya..

nauzubillah..

Unknown berkata...

gile jahat.. ni yg xbest ni kalu berita cmni.. biar la adil kn..

FaKArePa!n berkata...

orang gila je buat keje macam ni..

jom baca

Jom habiskan duit anda di Old Town White Coffee

Udin berkata...

@arep_lockermonth

tu la pasal.. hurm..

@cek chun

haa.. betoi2 cek chun.. haha! ;)

@sophie

teruk betoi perangai kan.. huhu..

@bunga

mintak simpang la jumpa jenis mcm ni kan.. huhu

@Encik Blogger

haa.. betoi2 EB.. nak kawen pandai.. tapi tak adil.. baek tak payah.. hurm..

@FaKArePa!n

huhu..

hawa.annuar berkata...

jangan jadi laki cm ni ok :)

Mohd Firdaus berkata...

hampeh btl suami die tu..bodoh gile..kesian la ckit kt isteri, xde perasaan ke buat smpai cm tu skali..~marah ni~..huhu



New Entry: Mari Belajar Sifir 11 Cara Pantas!
Cara Mudah Lajukan Mozilla Firefox
Apa Makna Maulidur Rasul Yang Sebenarnya..

Udin berkata...

@hawa.annuar

huhu.. harap2 mcm tu la cik hawa..

~ch@wi~

huhu.. betoi2.. tak patot wat mcm tu.. tak da perasaan langsung! hurm..

afifah berkata...

xgne pnye laki..!

rosmina samin berkata...

tak boleh terima bila dia ajak isteri gi kubur konon2 anak dah mati, rupe2nyer ank kena dera.... tk guna tulll!

Unknown berkata...

erkkk.xde hati perut tol...otak letak kat lutut...lau mati anak 2 tak ke tali gantung!!!!! :(

Redbloodsnow berkata...

inilah contoh lelaki bernafsu setan. sanggup okeh belasah anak sendiri n jd dayus dgn pukul isteri semata² kerana nafsu serakah.

nasib baik lah calon isteri ke-4 buat tindakkan yg BIJAK. kalau tidak..dia pun jd mangsa di kemudian hari nnti/..huh!

Udin berkata...

@Nurul Afifah Addnan

huhu..

@rosmina samin

hurm.. tu la pasal.. jenis perangai pa tak tau la owg mcm ni kan.. huhu..

@misz sheyla

betoi2.. bila dah terlalu ikut nafsu mcm ni la jadinya.. hurm..

@Redbloodsnow

hurm.. betoi2.. huhu..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)