Ahad, 14 Ogos 2011

Jangan Boros Berbelanja Sangat!

Assalamualaikum


Hari minggu.. Memang tak lekang shopping coplex kalau tak dipenuhi manusia.. Tak kan binatang pulak nak pergi beli belah ye dak.. Hehehe.. Jangan marah.. Biasa la.. Lagi separuh aja puasa dah nak raya kan.. Semua pakat berduyun duyun bawa anak bini, sanak saudara pergi beli belah.. Raya setahun sekali ye dak.. Hehehe.. Aku pergi window shopping aja.. Makan angin.. Usha apa yang patut.. Tapi belasah gak la sepasang baju dengan dua helai seluar jeans.. Boleh la.. Malas nak membazir sangat raya tahun ni.. Baju tahun tahun lepas pun berlambak penuh dalam almari..


Cuma kadang kadang aku perhati.. Macam dah terlalu boros pulak.. Mau taknya beli sampai kiri kanan tangan penuh dengan beg barangan.. Nasib baik kaki tak ikat sekali.. Duit diorang kan.. Aku sibuk apa hal kan? Bukan sibuk.. Cuma peringatkan.. Masa kita tengah senang ni la nak berjimat cermat kan.. Yelah dah murah rezeki sempai boleh shoppin sampai macam tu sekali.. Apa salah kalau berjimat sikit kan.. Cuba bayangkan orang yang tak bernasib baik macam kita.. Yang kais pagi makan masa sahur.. Kais petang makan buka puasa nanti.. Haa.. Macam mana? Banding dengan diri kita? Siapa lagi susah?

Maka bersyukur la dengan segala nikmat yang kita ada ni kan.. Cuma jangan la boros sangat.. Berpada pada la kan.. Ingat sama hari akan datang macam mana.. Mungkin duit yang kita jimat hari ni boleh guna masa terdesak di masa akan datang tuu.. Kan.. Kan.. Hehehe.. Apa apa pun terpulang la.. Ni sekadar luahan dari kaca mata aku lihat segelintir yang macam taksub gila dengan shopping.. Alasan nak buat kelainan sikit raya tahun ni.. Tiap tiap tahun kelainan.. Hurmmm.. Biaq p la kan.. Rezeki diorang.. Ikut suka la nak buat macam mana pun.. Okay nak sambung layan movie jap.. Hehehe..

BL: Entri ni sekadar peringatan untuk diri aku jugak.. Kadang kadang boros gak.. Huhuhu..

1 ulasan:

NMH berkata...

hmm memang orang sekarang ni boros padahal harga barang naik..tak paham gak..nak beraya macham setahun kalau beli baju raya..aip

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)