Khamis, 25 Ogos 2011

Projek Belon Angkasa 2013

Assalamualaikum


Projek belon angkasa? Projek apa pula ni? Haish.. Macam macam.. Haa.. Projek ni bukan untuk orang sebarangan tau.. Hanya golongan tertentu sahaja terutama usahawan yang berpeluang menaiki belon angkasa ni.. Belon yang diberi nama The Bloon ini mempunyai ukur lilit 129 meter dan mampu terbang setinggi 35.4 kilometer.. Golongan usahawan yang suka melancong ke tempat-tempat yang 'luar biasa' akan berpeluang mengembara ke ruang stratosfera bumi dengan menaiki belon udara dalam tempoh dua tahun dari sekarang..


LONDON 24 Ogos - Usahawan yang suka melancong ke tempat-tempat yang 'luar biasa' akan berpeluang mengembara ke ruang stratosfera Bumi dengan menaiki belon udara dalam tempoh dua tahun dari sekarang, apabila siapnya projek belon angkasa oleh syarikat dari sepanyol.

Belon yang diberi nama The Bloon mempunyai ukur lilit 129 meter dan mampu terbang setinggi 35.4 kilometer.

Kos bagi menikmati pengalaman selama lima jam itu ialah kira-kira 90,000 pound (RM441,661) seorang, dan ia menawarkan 'pelancongan angkasa' untuk melihat bentuk lengkungan Bumi.

Keadaan dalaman kapal angkasa' itu agak selesa dengan kabin seluas 4 meter persegi, serta mampu memberi ruang selesa untuk dua juruterbang dan empat penumpang.

Semasa 'pengembaraan sekali seumur hidup itu', pelawat akan merasai pengalaman mengembara pada ketinggian di mana mereka boleh menikmati pemandangan matahari terbit.

Belon itu yang dijadual memulakan misi pertamanya pada 2013, merupakan idea sebuah syarikat Sepanyol, Zero 2 Infinity.

Syarikat itu mendakwa belon tersebut mampu terbang ke pelbagai arah dengan selamat untuk mendarat di tapak yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, beliau mendapat inspirasi untuk menjalankan projek itu semasa berbual dengan ayahnya yang merupakan seorang ahli astronomi.

Setakat ini, dia telah menjalankan lima ujian penerbangan, yang mencapai ketinggian 32 kilometer, tiga kali ganda daripada ketinggian penerbangan kapal terbang. - AGENSI

2 ulasan:

Cik Pulau berkata...

huihh.. macam2.. belon angkasa la.. belon panas la..

nak naek belon tu balik pulau boleh tak.. hahaha

ainihussin berkata...

aku punya idea r tuh ! haha~

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)