Khamis, 17 Mac 2011

20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior

Assalamualaikum


hurm.. tak habis habis dengan kes buli ni.. semakin hari semakin menjadi jadi.. kali ni seramai 20 pelajar tingkatan lima Sekolah Berasmara Penuh Intergrasi (SBPI) Kubang Pasu dibuang sekolah gara gara membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar tingkatan empat beramai ramai.. akibat tindakan pihak sekolah membuang pelajar tersebut menimbulkan ketidakpuasan di hati ibu bapa..




WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian yang dihantar kepada mereka, semalam.


BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan.

“Bagaimanapun dalam kes ini, ia akan dirujuk kepada Kementerian Pelajaran kerana ia berstatus sekolah asrama penuh. Jika sekolah biasa cukup sekadar Jabatan Pelajaran Negeri (membuat keputusan). Namun, keputusan membuang pelajar atas kesalahan disiplin adalah hak sekolah selepas meneliti kesalahan itu adalah berat dan mengikut peraturan yang ditetapkan,” kata ketika dihubungi.

Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ibu bapa dan penjaga yang menyifatkan ia terlalu drastik dan tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dulu hingga boleh menjejaskan persiapan anak mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Oktober ini.

Walaupun mengakui perlakuan itu melanggar disiplin, mereka beranggapan pihak sekolah sepatutnya memberi peluang kedua kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit.

Seorang bapa, Jasni Mohd Noor, 44, berkata pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada semua pelajar dan mengenakan hukuman lain yang tidak membabitkan tindakan buang sekolah kerana ia boleh menjejaskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Bekas guru itu berkata, pihak sekolah juga tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai tindakan itu dan hanya mengarahkan anak mereka keluar dari asrama pada 25 Februari lalu.

“Saya tahu anak saya bersalah, tetapi jika boleh berilah mereka peluang sebab sukar bagi kami untuk mencari sekolah yang sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat. Mereka akan menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak mempunyai aliran itu. Saya bimbang mereka tidak dapat memberi tumpuan,” katanya semalam.

Seorang lagi bapa, Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata pihak sekolah sepatutnya boleh bertolak ansur daripada mengambil tindakan yang terlalu keras.

Beliau mendakwa hanya mengetahui tindakan itu melalui surat yang dihantar menerusi pos laju ke rumahnya oleh pihak sekolah pada Ahad lalu.

“Tiada laporan polis dibuat dan tiada sebarang laporan doktor berhubung kejadian itu. Selain itu, sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa apabila pelajar terbabit diarahkan keluar asrama, sebaliknya hanya dihubungi anak sendiri,” katanya.




pada pendapat aku.. ibu bapa tidak sewajarnya menyalahkan pihak sekolah kerana mengambil tindakan kepada anak anak mereka.. kerana tindakan 20 pelajar tersebut jika tidak diambil tindakan akan memberi kesan negatif kepada pelajar pelajar lain.. sekiranya pihak sekolah tidak mengambil tindakan membuang pelajar tersebut.. kemungkinan kes sedemikan akan berulang lagi.. malah lebih teruk lagi.. tindakan ini memang wajar supaya dapat memberi pengajaran kepada pelajar pelajar lain..

memang la ibu bapa mana yang tak risau bila anak mereka di buang sekolah.. tapi cuba fikirkan perasaan ibu bapa yang anak mereka jadi mangsa buli tu.. macam mana? bagaimana kalau anak kita sendiri pula yang kena? kadang kadang aku rasa ibu bapa yang terlalu manjakan anak sangat punca berlakunya gejala negatif dikalangan anak anak muda..

16 ulasan:

Nur Liyana berkata...

rasa macam tak kan pasal jentik dahi kena buang sek kn? mungkin pihak sek patut pgl semua pelajar yg terlibat gn ibu bapa masing2.. kalau terbukti salah laku diorang baru buang sek..

Nazrul Ashraff berkata...

setuju dgn BL..masa nak buli tak reti nak beringat!

Tanpa Nama berkata...

lahh , junior skrg ngade2 labih . kene sikit asek nak ngadu je . nympah !

Cik Pulau berkata...

yang senior mmg tak reti nak pikir baik buruk..
yang junior plak over manja..
jadilah kes macam tu..lalala~

Biey berkata...

nampaknya dah macam2 kejadian kat sekolah sekarang.. budak sbp plak tue.. malu eden..

Udin berkata...

@y-A-n-A

hurm.. kalau pikir secara logik mmg macam kelakar.. tapi bayangkan 20 pelajar jentik dahi sorang pelajar.. 20 kali beb.. tu kalau sorang pelajar sekali jentik la kan.. kalau lebih? haha.. bagi sy tak patut la kes2 buli ni.. sekolah tempat utk belajar kan..

Udin berkata...

@mr vampire

kadang2 seronok sangat mcm ni la jadinya.. bila dah jadi kes.. baru nak beringat.. hurm..

Udin berkata...

@cik pulau

hurm.. entah la.. sepatutnya senior bimbing junior.. (bunyi mcm skema) tapi tu la kan.. ntah sampai bila la kes2 buli ni akan berakhir..

Udin berkata...

@Biey

dah mcm2 kes melibatkan pelajar sek skrg ni.. lagi 10-20 tahun akan dtg tak tahu la mcm mana pula.. kalau tak dibendung dari skrg tak tahu la mcm mana nanti.. hurm..

Tanpa Nama berkata...

Setuju dngan BL!..Tu la, lain kali, nk wt apa2 fikir dulu! kan dah kena!... nie sbagai pengajaran untuk semu!..:)

DiahRodzi berkata...

fuh....bahaya tuh....main jentik2 anak org sesuka hati ja...lps kena bru insap...

Unknown berkata...

buang jer, suka suka hati jer jentik anak org

H Y D E berkata...

setuju dengan pendapat ang bro....

~life is inspiration~ berkata...

consider r..jentik je trus buang sekolah..knp xgantung dl??? mlmpau btol tndkn tu...mcm tndkn trburu2..kna bncg dgn mak pak dl..ni x..trus ja bg hkuman..dhla pljr tu form 5..xpkir lgsg..pelik2 la pntdbrn skolah ni..skolah len mslh buli pkl2 la apala lg truk dr ni xda plak buang trus..suma bncg dgn mak pak dl bru bg tndkn..ni tndkn trburu2!!!

Tanpa Nama berkata...

Budak asrama mesti rasa tindakan ni tak patut. Budak sekolah harian takkan rasa punya

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha. korang tak tahu cerita sebenar. penulis mohon pergi kaji dulu the true story baru korang boleh faham apa yang terjadi. jangan buat fitnah.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)