Assalamualaikum
Alhamdulillah.. akhirnya adik Hairuman telah selamat daripada pembedahan.. walaupun terpaksa menerima hakikat yg kedua dua belah tanganya terpaksa dipotong akibat kesan kemalangan ditimpa tiang elektrik hingga melecur separuh daripada badannya tempoh hari.. marilah kita sama sama menghulurkan bantuan apa yg patot bagi meringgan beban yg ditanggung adik hairuman ni.. untuk berita selanjutnya boleh layari laman utusan online dan kosmo online.. sekian.. wasalam.. :)
MUHAMAD HAIRUMAN menerima kunjungan bekas rakan
kolejnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam.
"Tiba-tiba saya rasa seluruh badan terbakar sebelum terpelanting jauh dalam kebun kelapa sawit."
"Selama ini, itulah kerja-kerja kami bagi mencari wang kepada keluarga terutama bagi menyara seorang kakak kami yang mempunyai masalah kesihatan,"
"Sampai sekarang saya masih rasa panas dan kerap minum air sebab selalu rasa dahaga,"
sumber: kosmo
"Saya amat terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan serta semangat untuk saya meneruskan kehidupan selepas ini,"
"Sejak saya masuk hospital, abang saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga saya dan apa yang kami bimbangkan adalah mengenai kos rawatan hospital dan juga rawatan susulan yang lain,"
"Diharapkan apabila sembuh kelak, saya boleh menyara keluarga termasuk kakak saya yang mengalami masalah kesihatan (lembam),"
sumber: utusan
p/s: semoga adik Hairuman tabah untuk melalui liku liku kehidupan ni..
10 ulasan:
semoga dia tabah menempuh hidup dihari2 mendatang..
@LiFe KaMi
yup.. hrp2 mcm tu lah.. smoga dia tabah.. hurm..
ya ALLAH. kalo sy lah blm tentu jadi setabah mcm tuh. moga² dea sekeluarga tabah menghadapi dugaan neh.
'Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan yang dia mampu..'semoga adik Hairuman tabah dan Allah permudahkan segala urusannya...
@noraim
hurm.. smoga dia & keluarga tabah hadapi semua ni..
@Farhah Zaidah
yup.. sy setuju.. smoga adik hairuman sekeluarga tabah hadapi semua ni..
subhanallah..dia bertuah kerana diuji sedemikian rupa...moga dipermudahkan urusan mereka semua..saya mohon izin untuk kongsi artikel ni ye..
@Sunah Mohammad
hurm.. hrp2 mcm tu lah.. nak kongsi eh.. amik la.. xde hal.. :D
kesian dia. dugaan.
Kebetulan..Hairoman di memang org susah tinggal sebelah rumah bapa saya ..mempunyai kakak2 yang lembam ..yatim piatu lagi..hari tu gi lawat dia..kesian..moga dia tabah..
@saljihitam
hurm.. kesian kn.. semoga dia sekeluarga tabah..
@Nazrah Bakery & Dunia Kuih
betol tu.. semoga dia sekeluarga tabah hadapi semua ni..
Catat Ulasan